Pagi ni, pagi-pagi Abi & Umi jalan-jalan dekat market ikan di hadapan King Ing Hotel Mukah. Program ringkas pagi pusing-pusing cari sarapan.
Selesai membeli belah.. kami pun pulang ke hotel untuk sarapan bersama anak-anak.
Pagi ni, ada acara ikhtiar hidup, jug air tak ada, bekas aiskrim bekas aiskrim lah untuk dikacau milo kaw untuk anak-anak.


Sangkaan kami meleset, dijangkakan jarak antara Mukah dan Igan ni jauh sangat, rupa-rupanya tak sampai setengah jam perjalanan. Jam 11.45 pagi sampailah kami di Lorong Haji Hassan dan disambut oleh tok batin Igan Haji Jamari.

Hari ni Ayohngoh sempat solat Jumaat di sini dan sempat juga berjumpa dua tiga orang kenalan. Masing-masing kehairanan, macam mana boleh sampai ke Igan.
Kunjungan kali ini diceriakan lagi dengan kelahiran baby Nurjannah yang cantik, baru berumur hampir dua minggu. Si Along asyik terbaby-baby lah dia.

Tak kurang juga si Afif, abang kepada NurulJannah. 
Sebelum pulang, kami dibekalkan pula dengan kuih muih tradisi di sini. Segan silu pula rasanya, dahlah tetamu datang tangan kosong. Nasib, si Jannah dan Afif ada. Sempat juga kami jadikan tempat membalas budi. Paling seronok, anak-anak. Kata mereka macam datang beraya, apabila dapat duit daripada tuan rumah. Ayohngoh kata, yalah kita beraya gawai. Kesempatan masa yang ada diambil untuk bergambar kenang-kenangan.

Hampir jam 6 petang sampailah kami di Bintulu. Perancangan perlu diteruskan atas permintaan anak-anak. Pusing-pusing di Bintulu sekejap kemudian singah di tempah biasa.. tak lain tak bukan pasar malam Bintulu yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Lama. Di sini kami menjamu selera dalam kereta. (macam dapur bergerak pula)

Selepas segalanya dingap & masing-masing membuyut, khususnya pemandu, perjalanan diteruskan. Kali ini, demi keselamatan daripada perkara-perkara yang tidak diingini sebagaimana cerita kekawan jalan Bintulu Miri lama menjadi laluan. Dah berapa tahun tak menggunakannya, waktu malam lagi, sekali lagi terganggu perjalanan kami. Apa tidaknya, macam naik kuda kata anak-anak. Hampir jam 10.30 sampai di simpang Bekenu dan kami meneruskan perjalanan melalui laluan pantai Bekenu Miri. Jam 11.00 malam baru sampai di rumah kami. Alhamdulillah.. segalanya selamat. Pujian dan syukur hanya untuk mu ya Allah.

Dikesempatan yang ada umi mencari apa-apa bahan yang boleh dibawa pulang. Paling istimewa popia kacang udang, yang ditempah melalui cikgu Rahmah satu ketika dulu.

Pagi ni, ada acara ikhtiar hidup, jug air tak ada, bekas aiskrim bekas aiskrim lah untuk dikacau milo kaw untuk anak-anak.


Selepas sarapan satu keputusan dibuat. Kami akan meneruskan perjalanan ke Igan. Kebetulan Cikgu Hajah Khamsiah ada pulang dan menjemput ke rumah keluarganya. Lalu bermulalah perjalanan ke Oya dan Igan selepas daftar keluar.

Sebelum tu bergambar kenang-kenangan di King Ing Hotel bersama keluarga.




Bagi memberkati perjalanan pagi ini, Abang Aiman memimpin bacaan doa, amin ya rabbal alamin.


Kampung yang indah, tenang dan tenteram. Kaya dengan pemandangan yang sangat cantik khususnya pinggiran sungai yang amat luas. Sayup dan senang mata memandang.


Di rumah keluarga cikgu Hajah Khamsiah kami dirai dengan hidangan dan menu tradisi orang Igan/ Melalau. Ikan salai, udang salai, acar buah, isi ikan, sagu dan sebagainya. Apa yang ditunggu bedallah kami. Macam jalan-jalan cari makan pulak. Apa taknya ikan senangin masak asam dan udang galah goreng berempah. Aduihhh...






Jam 3.oo petang perjalanan pulang ke Miri bermula dan dalam perancangan akan singah di Bintulu sekejap. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kata hati.. alang-alang datang singah la sekejap di SMK Agama Igan. Sebagai bukti dah hadir ke sini jom kita bergambar.





No comments:
Post a Comment