Keadilan pemerintah adalah asas perpaduan ummah. Mendaulatkan Islam pula perlu dijadikan tunjang kepemimpinan negara.
Pemerintah yang adil doanya diberkati, nasihatnya didengari, marahnya disegani, senyumnya disenangi dan segala tindakannya direstui dan dipersetujui.
Fenomena ini diungkapkan Ilahi dalam surah al-Anfal ayat 98:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ
"Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi"
Berkaitan keadilan Allah berfirman:
إن الله يأمر بالعدل والإحســن
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan"
(An-Nahl:90)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
أدِّ الأمانةَ الى منِ ائْتَمَنَكَ وَلا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ
"Tunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kamu dan jangan mengkhianati mereka yang mengkhianati kamu"
Sebagai pemerintah, kezaliman harus dijauhi, kerana kezaliman mampu mewujudkan kepincangan dalam pemerintahan dan bisa menjadikan sesebuah negara porak peranda. Manakala di akhirat pasti dicampak ke dalam neraka wal'iyazu billahi. Firman Allah s.w.t.:
وَلا تَرْكَنُوْا الى الذِيْنَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh api neraka". Hud: 113
Renung-renungkanlah.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment