Hari ini, 2 Jun 2011 Ayohngoh nekad membawa anak-anak keluar daripada Bandaraya Miri walaupun perancangannya agak tidak seberapa. Kerana mu anak-anak & berkebetulan musim cuti sekolah, jomlah kita jalan-jalan.
Jam 10.30 pagi, kami mulakan perjalanan yang entah ke bahagian mana destinasinya. Cuma perancangan yang tidak rasmi adalah, hanya pusing-pusing di Bintulu. Pergi TUMBINA dan ziarahi kaum kerabat di sana kemudian baliklah.
Sampai di Similajau persolanan keluar dari mulut si Abi. Kita ni ke mana sebenarnya mi. Kemana saja, jawab ummi.
Okay, sahut si abi.. kita ke Mukah.. okay.. jawab ummi. Okay.. kita ke Mukah!! umum si abi kepada anak-anak. Okay jawab anak-anak.. seronok walau mereka belum tahu di mana letaknya Mukah. Yang penting bagi mereka keluar dari rumah dan jalan-jalan.
Jam 4.30 petang sampailah kami di Mukah dan tiada tempat yang sesuai untuk bermalam bersama anak-anak selain King Inn. Walaupun inn tapi biliknya agak selesa. Dengan bayaran hanya RM88 semua dapat di sumbat dalam satu bilik. Cukup selesa, tilamnya besar, bila diturunkan tilam dari katil cukup untuk kami bertujuh tidur di atasnya. Sekadar untuk melelapkan mata ajak..... hantam saja anak-anak ku... Biar anak-anak rasa, sebenarnya macam ni lah kalau bapanya keluar mengiringi pelajar, bahkan terkadang lebih teruk...
Sebanarnya si Abinya ni pernah mengiringi pelajar dan tidur sebilik bersama 6 orang guru pengiring, dahlah bilik sempit saiz gurunya pula lihat orang tukang cerita lah. Paling menyeronokkan pernah suatu ketika kami mengiring pelajar dengan menaiki dua bas sekolah. Sampai di satu kawasan sebuah bas rosak dan memerlukan masa yang panjang untuk dibaiki. Apa lagi semua pelajar dan guru pengiring di sumbat dalam sebuah bas. Apakan daya. Nasib, semuanya selamat, walau pun Ayohngoh sendiri duduk di tangga bas hampir 5 jam...
Apa-apa pun anak-anak dah diberi makan dan dah disuruh solat. Sekarang semuanya dah merebahkan diri sambil diulik mimpi yang indah... alhamdulillah, syukur bagi Allah atas keselesaan perjalanan hari ini walau hujan yang menimpa. Esok belum pasti lagi nak kemana... ke mana agaknya?? Lihat lah esok..
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment