;
Showing posts with label Cerita ku. Show all posts
Showing posts with label Cerita ku. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Persingahan Mahabbah

Persingahan Mahabbah Ustaz Roshaidin (bang Dean) ke teratak orang tua Ayohngoh di Kampung Benting Lintang Besut, Terengganu berlangsung pada 11 Disember 2011. Kurang lebih jam 12.30 malam sampailah rombongan ustaz Dean yang terdiri daripada Ayah Bonda dan keluarga Abang Ngahnya(bersama 5 anak). Nasib baik bilik Tok Cik dan bilik Che Su Dora kosong, dapatlah di tempatkan mereka di bilik-bilik berkenaan. Selesa sememangnya tak selesa, rumah kampung. Yang penting dapat juga mereka melelapkan mata menunggu pagi.
Keesokan harinya, selepas sarapan Ustaz Dean seisi keluarga meneruskan perjalanan ke Tok Bali, Kota Bharu & Pulau Pinang serta destinasi yang dirancang mereka.Menjamu selera nasi dan kuih muih yang dibeli di warong-warong kampung. Hanya ini je yang sempat dihidang Dean.





Semangat patriotik yang ditunjukan Ustaz Dean dan anak buahnya sambil diperhatikan oleh Abang Ngah dan Kak Ngah.

Persingahan yang singkat ini mampu menjalinkan hubungan silaturrahim antara keluarga Ayohngoh dan keluarga Pakcik Soman. Sempat juga Mak dan Cik Ayohngoh berkenalan dengan Mak Bapak Si Dean walaupun line bicaranya tak berapa clear.

Kemaafan kami pohon daripada para tetamu atas layanan yang tak seberapa kerana berkebetulan pada masa yang sama Si Hannan dan Afif kena ceret beret. Terpaksalah Ayohngoh keluar masuk, masuk keluar. Serba salah antara tetamu dan anak-anak.
Apa-apa pun ucapan terima kasih buat Ustaz Dean sekeluarga kerana sudi bertandang ke rumah kami walaupun seketika sahaja. InsyaAllah panjang umur bertandanglah lagi. Jangan serik dengan layanan yang tak seberapa daripada kami.


Wajah terkini Ustaz Dean setelah...:

Wednesday, December 14, 2011

Jalinan Ukhuwwah Sepanjang Zaman

10 Disember 2011, berkat malam gerhana bulan, mempertemukan kami sebahagian bekas pelajar SM Agama Maarif Besut, sesi 1983-1985 bertempat di hadapan Masjid Pengkalan Nyireh Besut. Masing-masing membawa cerita tersendiri setelah berpisah selama kurang lebih 25 tahun khususnya dengan Ayohngoh.
Kami berpisah selepas peperiksaan SRP, dimana hanya beberapa bulan di Tingkatan 4, Ayohngoh berpindah ke SM Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk dan mengambil Ijazah serta terus memulakan kerja di Bumi Kenyalang, sehingga kini.

Sebahagian rakan sentiasa berhubung antara satu sama lain kerana berkebetulan lokasi kerja dan tempat tinggal mereka masih di sekitar Besut. Namun ramai juga rakan-rakan seangkatan kami yang berhijrah ke tanah air orang kerana mencari rezeki atau pun mengikut pasangan masing-masing.

Walau pun kerjaya kami berbeza namun pertemuan sebegini amat bermakna, selain bertanya khabar dan mempereratkan lagi ukhuwwah antara kami, pertemuan sebegini juga mampu menyelami dan berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian teman.

Teringat Ayohngoh dengan kata-kata seorang teman (Abu Kasim), " Wang ringgit boleh habis tetapi HUBUNGAN UKHUWWAH tak akan habis/putus sehingga ke akhir ayat ."Walaupun 8 orang dapat kami kumpulkan selepas solat sunat gerhana bulan, namun detik-detik waktu yang ada tidak kami sia-siakan sehingga jam hampir 1.00 pagi. Masing-masing ada cerita tersendiri.

Ustaz Saiful dan Yang Mulia Abu Kasim telah menaja pertemuan kami pada malam ini dengan hidangan satay dan kuey tiew goreng. Sambil bersembang, jangan lupa bergambar kenang-kenangan dulu.

Dalam pertemuan yang singkat dan penuh makna ini, Ayohngoh sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk diupload dalam blog ini buat tontonan rakan-rakan seangkatan dan sesiapa sahaja yang berminat. Inilah sebahagian teman sehidup semati ku, Abu Kasim, bakal YB Daerah Besut, insyaAllah.


Pegawai Waran Maarof bin Hussin, TUDM.


Encik Mohd Rashidi Al-Munir, Pegawai Pendidikan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Ustaz Saiful Bahri bin Mohamad, Ustaz hebat dan serba boleh.Encik Rusdi bin Mat Hassan (Sedi Tok Ime) Ahli Perniagaan Mohd Khairul Amran bin Husin, Ahli Perniagaan
Encik Ramli, Ahli Perniagaan.


Akhirnya, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada kami untuk mengukuhkan lagi silaturrahin yang telah sekian lama terjalin. Semoga pertemuan dan persahabatan ini dirahmati dan diredhai.


Buat semua sahabat, terima kasih atas usaha mengadakan pertemuan ini, khususnya Khairul Amran(Meran) yang telah menemukan kami dipertemuan pertama hari tu (6 Disember 2011) sehinggalah terjadinya pertemuan kedua ini dan insyaAllah ada lagi pertemuan-pertemuan seterusnya. Juga buat penaja-penaja makan minum kami. Ucapan yang paling bermakna buat kalian Jazakumullahi khairal Jaza'.


Buat renungan:


إنمـا المؤمنون إخوة


"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara"

Tuesday, December 13, 2011

Jalan-Jalan Tengok Cucu

Aduh….insaf rasanya. Rupanya diri dah berumur. Rasa-rasa macam belum tua tapi gelaran sekarang bukan Ayohngoh lagi, dah ada orang panggil Tok Ngoh. Bukan seorang je yang layak menggunakan panggilan sedemikian tapi dah masuk 9 orang. Memang dah tua...
3 Disember baru-baru ni menjadikan bilangan cucu Ayohngoh 9 orang, hasil perkongsian hidup beberapa orang anak buah Ayohngoh dengan pasangan masing-masing, Kak Long, Abang Miza, Kak Zura, Mat Nor dan Ining. Bakal peserta untuk menambahkah cucu Ayongoh...

Marini, sudah disunting, tunggu saat-saat bahagia, hari perkahwinan.Kak Chik, tengah menyesuaikan diri dengan..... siapa ....?... rahsia...
Bila dipanggil Tok Ngoh, baru rasa diri dah agak berumur. Orang sebelah tersenyum, tak apa, kalau di sini Tok Ngoh maknanya di sana Nek Ngah. Neneklah katakan.
Jadi, petang jumaat lepas kami mengatur satu program jalan-jalan tengok cucu ke 9, di Kampung Kerandang, Besut. Ahli ziarah kami ada 12 orang sahaja tetapi meriah dek telatah tok cik yang asyik melatah diusik oleh cucu dan cicitnya, khususnya cucu-cucu dari Bumi Kenyalang, Aiman, Hannan & Afif.
Turut memeriahkan kunjungan kami pada kali ini secara tidak sengaja bakal keluarga baru buat anak kakak ku (Marini) turut hadir untuk menziarahi orang baru. Apa lagi, bila nampak orang ramai, jiran-jiran sebelah pun turut datang. Bertambah meriahlah suasananya. Dengan adanya bakal keluarga baru ni, nampaknya tahun depan bertambah lagi generasi cucu-cucu ku.Bergambar kenangan dengan bakal mak mertua.Turut teruja dengan kehadiran sanak saudara menziarahi adik tersayang, belum ada nama.Cucunda tersayang disambut mesra, oleh nenek yang muda jelita, kehadrat Tuhan dipanjatkan doa, hidup tenteram bahagia hendaknya.



Turut memerhati dari jauh Kak Long dan Ayahsu Rojak.

Tuesday, December 6, 2011

Semoga Berjaya



اللهم يسرلهم أمورهم ولا تعسر واتمم بالخير
Hanya doa yang dapat Abi panjatkan kehadrat Ilahi khusus buat anak-anak yang sedang berhadapan dengan peperiksaan khusunya anak-anak STPM 2011, di bumi SMK Agama Miri.
Semua subjek yang dilalui diharapkan berlalu sebagaimana yang anda dambakan. Syariah Kertas 1, telah dilalui anda pada 1 disember baru-baru ini, harap berbaloi segala usaha yang telah dilakukan. Hari ini Syariah Kertas 2 akan mendatang. Cekalkan hati, ikhlaskan diri, kuatkan semangat. Hadapinya dengan penuh ketenangan serta kesabaran. Mulakan dan akhiri dengan doa dan tawakkal terhadap Ilahi. Doa Abi akan tetap bersama usaha dan ikhtiar anakanda semua, insyaAllah.
Semoga Berjaya… Good luck… Maaf segala kekurangan sepanjang kita bersama.
كل عام وانتم بخير

Buat kenangan:







Monday, December 5, 2011

Jom.... Balik Kampung

Anak-Anak bukan main lagi, terlalu ghairah untuk pulang ke pangkuan atuknya(tok cik)… SiAbi ngan Si Ummi tak habis-habis dengan kerja. Siang malam, pagi petang.. asyik kerja, kata sianak… kata cuti….
Hari ni, seawal jam 5.30 pagi anak-anak sudah bersedia untuk mandi walau waktu penerbangan jam 11.25 pagi.
Si Abi dan Si Umi pula rasa macam tak puas tidur, apa taknya. Dah beberapa hari asyik ke hulu ke hilir, menyiapkan mana yang belum siap sebelum berangkat pulang. Berakhir semalam selepas kenduri anak Encik Senin,di Eastwood terus ke sekolah menyiapkan kerja-kerja terakhir untuk membantu anak-anak tingkatan 5 dan 6 dalam pemarkahan kokurikulum 2011. Jam 12 lebih baru berangkat pulang ke rumah dan selesaikan mana-mana yang perlu diselesaikan untuk esok pula.
Terima kasih buat Shahril & Deng sekeluarga serta Al-Fadhil Ustaz Ali & Faiz kerana menghantar kami sekeluarga ke Lapangan Terbang Miri.
Kini syukur segalanya, kami selamat sampai di kampung halaman hampir jam 6.30 petang setelah dijemput Tok Cik, Ayahsu Rojak & Pok Nik sekeluarga.
Seronoknya di kampung ni, pagi-pagi dah mula keluar mencari bakalan perut. Kampung kecil, tapi gerai @ warung tak dapat dihitung dengan jari. Pelbagai juadah dijual. Nasi kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Himpit, Nasi Berlauk, Nasi Pulut, Laksa, Laksam, Karipap, Puteri Ayu, Cek Mek Molek, Donat dan pelbagai lagi.
Setiap kali pulang ke kampung pasti ada warung yang baru dibuka. Itulah kampung halaman ku. Kampung Benting Lintang, Besut Terengganu.
Cuma kepulangan tahun ini ada sedikit perbezaan, Tok Cik tidak lagi di rumahnya, bersama kami. Tok Cik tinggal di rumah isteri baru tok Cik. Letaknya tidak berjauhan daripada rumah lama Tok Cik namun anak-anak khususnya Abang Aiman sedikit terasa kerana tahun ini tidak dapat bersama Tok Cik minum pagi di warong sebagaimana tahun-tahun yang lepas.
Namun, anak-anak tetap seronok, apa lagi rumah tokcik ni cukup lapang dan luas untuk melompat dan bermain, berbeza rumah abinya. Lagi seronok setiap waktu ada saja sanak saudara datang bertandang untuk bermian.

Wednesday, November 9, 2011

Qurban 2011









Syukur kehadrat Ilahi atas kelicicnan perjalanan majlis Qurban kami di laluan dewan makan as-syakirin SMKAM baru-baru ini (8 november 2011/12 Zulhijjah 1432H).Seawal 5.30 pagi Ayohngoh keluar ke sekolah lokasi pertemuan kami sebelum bertolak ke Ladang PPES.Setelah semua ahli skuad ada, perjalanan ke lokasi penyembelihan di Ladang Penternakan PPES bermula. Hilux Puan Suhana, Pajero SMKAM & Unser QMG 6735 menyusuri jalan ke Kg Beraya dan terus ke lokasi yang dituju.Lebih kurang jam 7.00 pagi sampailah kami di lokasi berkenaan. Sebelum agenda sebenar bermula, kita mulakan agenda yang tersirat, bukan tersurat:
Terima kasih buat Cikgu Abdullah yang menyediakan untuk kami nasi himpit kuah kacang dan kari ayam. Masing-masing telan dan telan untuk simpan tenaga.

Kini, agenda kami bermula jom kita saksikan:


Jam 8.50 pagi, agenda penyembelihan dan muatan untuk semua kenderaan telah siap dan bersedia untuk perjalanan pulang ke tempat melapah.

Jam 10.15 sampailah kami diperkarangan dewan makan as-syakirin untuk agenda seterusnya. Syukur, semua ahli-ahli telah bersedia untuk memulakan tugas.





Akhirnya semua binatang Qurban & Akikah tersedia untuk diagihkan kepada peserta Qurban/Akikah dan petugas-petugas serta tetamu-tetamu yang turut membantu.
Syabas dan sekalung penghargaan buat semua warga SMKAM. Khususnya para peserta Qurban dan Akikah. Tanpa penyertaan anda semua pasti program ini tidak dapat diteruskan.

Hampir jam 2.00 petang selesai segalanya, 5 ekor lembu selamat di qurban serta diakikahkan. Tinggal lagi acara memasak dan jamuan. Apa-apa pun jazakumullahi khairal jazak.

Wednesday, September 7, 2011

Ramah Tamah Aidilfitri SMKAM 2011














Alhamdulillah, syukur, segalanya berjalan sebagaimana yang dirancang. Masing-masing seronok. Tak kira pelajar mahupun warga guru dan staf sokongan sekolah.

Jam 8.30 pagi 5 September 2011 bermulalah agenda pertama, iaitu agenda ziarah ke kelas terbuka selepas persiapan menyediakan juadah hari raya di kelas masing-masing dibuat. Agenda ziarah ke kelas-kelas bermula. Bagi Ayohngoh, Tingkatan 6 atas menjadi destinasi pertama lawatan memandangkan mereka adalah anak-anak sulong kami. Ustaz Hamim & Cikgu Abdullah turut menjadikan 6 atas sebagai destinasi pertama. Apa lagi Bismilahirrahmanirrahim la kami.
Destinasi kedua, Tingkatan 6 Bawah


Selepas dua kelas diziarahi, perut dah kenyang sudah. Nampaknya kena ziarah untuk ambil gambar je la. Ambil gambar mana-mana yang patut.









Pelbagai juadah disediakan oleh para pelajar, namun perut dah kenyang. Nampaknya , lihat sajalah. Anak-anak pelajar amat seronok. Lihatlah...





Tidak kurang juga guru-guru & staf sokongan, beraya sakan.





Sekarang masa untuk membuat persiapan di dewan sambil menunggu jam 11.00 pagi. Menunggu ketibaan para tetamu guru-guru & staf sokongan bukan Islam serta para pelajar.



Hidangan sudah tersedia, guru-guru pun dah bersedia untuk menyambut para tetamu.



Sebelum tetamu datang, tuan rumah dulu yang kena merasa makanan, jom kita makan dulu..Kini giliran para pelajar menjamu selera. Jom, cikgu-cikgu kita layan...
















Warga SMKAM sekali lagi beruntung kerana pihak Koperasi SMKAM telah memutuskan untuk menyampaikan sumbangan duit raya untuk semua warga SMKAM atas keuntungan yang diperolehi hasil urusniaga sesi jualan 2010/2011












Akhirnya, sekalung penghargaan untuk semua warga yang menjayakan sambutan pada kali ini dan kemaafan juga atas kelewatan memaparkan kenangan ini. Draf nya dah lama, tapi masa segala-galanya. Jazakumullahi khairal jaza'.