Demi kesejahteraan hidup hambanya, Allah telah mengatur dengan menentukan beberapa hak yang harus dijaga oleh umat Islam selain hak berjiran, hak bersahabat hak berkeluarga dan sebagainya.
Hak-hak tersebut telah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. melaui hadis baginda s.a.w. yang berbunyi:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم حَقُّ المُسْلمِ على المُسْلِمِ خَمْسٌ، رَدُّ السَّلامِ وَعِيَادَةُ المَرِيْضِ وَاتْبَاعُ الجَنَازَةِ وإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيْتُ العَاطِسِ
رواه البخارى ومسلم
Maksudnya: Daripad Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima perkara, Membalas salam, melihat(menziarah) orang sakit, mengiringi jenazah, memperkenankan jemputan dan menyahut (mendoakan) orang yang bersin. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Lima perkara yang disebut Rasulullah s.a.w. adalah sebhagian daripada hak sesama Muslim namun ke lima-lima hak tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri dan mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni sekiranya dihayati dan dipraktikan dalam kehidupanan insyaAllah.
Salam Maal Hijrah buat semua rakan dan taulan. Kali ini, Ayohngoh nak berkongsi maklumat tentang doa akhir dan awal tahun hijrah untuk panduan bersama. Walaupun dah agak terlewat yang sepatutnya semalam dikongsi bersama namun rasanya masih berguna untuk sesiapa yang kehilangan nota doa ini. Mungkin boleh diguna pakai untuk tahun-tahun hadapan. Namun kalau anda belum membacanya untuk 1431 hijrah rasanya masih tidak terlewat, Allah tahu segala-galanya. Ayohngoh tertarik untuk berkongsi doa-doa ini, setelah terfikir semalam mungkin ramai kekawan yang mencari-mencari mana doa-doa tersebut. Jadi jomlah kita kongsi bersama semoga 1431H menjanjikan seribu kerahmatan untuk kita semua dunia dan akhirat. Memantapkan ukhuwwah memperkasakan ummah, Tema utuh maal hijrah, Bersama kita mengharapkan rahmah, Dunia akhirat mendapat maghfirah.
Doa Akhir Tahun Hijrah
الحمدُللهِ رَبِّ العالمينَ والصَّلاةُ والسلامُ على سيدنا محمدٍ وعلى ءالهِ وصحْبهِ وَسَلَّمْ. اللهُمَّ ما عَمِلْنَا فى هذهِ السَّنةِ ممَّا تَهِيْتَنَا عنْهُ فلمْ نَتُبْ منْهُ ولم ترْضَهُ ولمَ ْتَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عليْنا بعْدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوْبتِنَا إلى التَّوْبَةِ منهُ بعْدَ جُرْأتِنَاعلى مَعصِيًتِكَ فَإِننأ نَسْتغْفِرُكَ فاغْفِرْلَنَا ومَا عَمِلْنا فِيْها مِمَّا ترْضــاَهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَنَسألُكَ اللّهُمَّ يَا كَرِيْمَ يا ذالجلالِ والإكرامِ أنْ تَتَقبَّلَهُ مِنَّا ولا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا منْكَ يا كَرِيْم وصلى الله على سيدنا محمدٍ وعلى اله وصحبه وسلَّمْ والحمْدُلِلهِ ربِّ العــالمِينَ
Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan semua sahabat baginda.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dan apa yang telah engkau tegah daripada melakukan, pada hal kami belum bertaubah kepadaNya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupainya pada hal Engkau berlembut tidak mengazab kami malahmemberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami ceburkan diri dengan maksiat maka kami memohon keampunan kepadaMu, ampunilah kami, segala perbuatan yang telahkami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang engkau telah janjikan
pahala maka kami mohon pada Enkau ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah, yang empunya kebesaran dan kemuliaan, terimalah akan dia daripada kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami daripadaMu ya Allah yang Maha Pemurah. Moga dicucuri rahmah juga kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan para sahabat baginda. Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.
Doa Awal Tahun Hijrah:
الحمدُللهِ رَبِّ العالمينَ والصَّلاةُ والسلامُ على سيدنا محمدٍ أشْرَفِالمُرْسَليْنِ وعلى ءالِهِ وَصَحْبِهِ أجْمَعِينَ. اللهُمَّ أنْتَ الأبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظيْمِ وُجُوْدِكَ المُعَوَّلِ، وَهذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أقْبَل عَلَيْنا، نَسْأَلُ العِصْمَةَفِيْهِ منَ الشَّيْطانِ الرَّجِيْمِ وَأوْلِيَاءِهِ وَجُنودهِ والعَوْنَ على هذِهِ النَّفْسُ الأمّارَةِ بِالسُّوْءِ والإشْتِغَالِ بِمَا يُقرِّبُنَا إليْكَ زُلْفى، يا ذَالجَلالِ والإكْرامِ يا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وصلى الله على سيدنا محمدٍ وعلى ءالهِ وَصحْبِهِ وَسَلَّمَسُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ على المُرْسَلِيْنَ والحَمْدُلِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Segala puji-pujian tetrtentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, Engkaulah yang kekal buat selam-lamanya, sedia ada lagi dengan tiada permulaan, kelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu melimpah ruah. Dengan ketibaan tahun baru ini, kami memohon kepada Mu agar memelihara kami daripada gangguan dan tipu daya syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya dan bala tenteranya, juga kami memohon kepada Mu agar memantapkan kami bagi menundukkan runtuhan nafsu ammarah(nafsu yang mendorong ke arah kejahatan), kami juga memohon kepada Mu agar mencetuskan keinginan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan bagi mendekatkan diri kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia, Ya Allah Tuhan Yang Sebaik-baik mengurnikan rahmat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kemi Nabi Muhammad s.a.w., kaum keluarganya dan para sahabatnya. Dengan segala puji-pujian itu untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
Inilah yang dikatakan banjir kilat. Tak semena-mena hujan semalaman menyebabkan laluan ke Flat SMK Agama Miri di naiki air buat kali kedua dalam tempoh sembilan tahun. Beberapa penghuni flat berkenaan terbaksa membatalkan segala perancangan untuk keluar dengan mengurungkan diri di flat masing-masing sambil memerhati pergerakan air yang semakin lama semakin meningkat sehinggalah menenggelamkan bahu jalan yang memisahkan antara laluan dengan longkang.
Kalau di Pantai Timur itu perkara biasa bahkan tak akan jadi buah mulut orang tetapi di Miri, khususnya di sekolah kami amat memilukan kerana masing-masing takut untuk menyeberanginya. Takut mati keretalah, takut masuk air ke enjinlah dan sebagainya, namun ada juga sebuah dua kereta yang sanggup meredah demi ingin bertemu seseorang. Hajah Khamsiah dengan menggunakan Matrixnya, selamba sahaja mengharunginya. Abang Yunus kita, masuk berani dengan Saganya tetapi nak keluar dua kali tiga kali fikir dan akhirnya membatalkan sahaja niat di hati.
Yang kesiannya, pada hari ini juga 5 Disember 2009, hari keberangkatan pilang Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam seisi keluarga ke kampung halaman. Ustaz Badrul akan melanjutkan pengajian di UKM dan isterinya Ustazah Asmawani akan melapor diri di salah sebuah sekolah menengah di Seremban sebagai lokasi kerjanya yang baru.
Ayohngoh tidak menyedari apa yang berlaku, awal-awal lagi turun untuk menjemput Ustaz Badrulke airport. Pada mulanya terkejut juga dengan keadaan air, namun sahabat punya fasal diteruskan juga kerana merasakan air yang naik tu rendah sahaja. Datang ke halaman flat 1, adalah dua tiga orang kekawan sedang memerhatikan air dan berbincang tentang punca air serta bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Kalah kontraktor Laku Management.
Setelah barang-barang dipindahkan ke dalam kereta pergi lagi kami meredah air yang terkadang mengecutkan perut juga apabila melihatnya, namun gerak hati masih memberanikan diri untuk meneruskannya.
Siapa check in barang di airport pulang lagi ke flat untuk mengambil Ustazah Asmawani seisi keluarga. Kali ni air diredah dengan selamba tanpa apa-apa kerisauan lagi tetapi kerisauan mula menjelma setelah kami sampai berhampiran dengan flat 1. Power stering kereta Ayohngoh seakan-akan tidak berfungsi sehingga tidak dapat membelok keselekoh sebagaimana biasa. Namun kerisauan hilang apabila sampainya kami ke hadapan flat 1.
Sebelum ke airport buat kali kedua pemandu SMKAM brother Jo sempat berpesan agar jangan terlalu laju, nanti air naik ke enjin. Ada masalah. Teringat Ayohngoh pergi dan masuk tadi memang minyaknya di tekan, kononnya untuk memecahkan air agar tak dalam.
Perjalanan mesti diteruskan sebab jadual pelepasan jam 11 lebih. Sekarang dan jam 10.15. Ayohngoh sekali lagi meredah air banjir kilat berkenaan bersama keluarga Ustaz Badrul. Kali ni cukup berbeza. Apa yang disebut rakan pemandu tadi mungkin akan berlaku. Sampai kami di hadapan rumah Ustaz Shahi dan Ustaz Hamzah enjin kereta dah jadi lain dan bebrapa kali enjin padam.
Masing-masing panik tetapi ketenangan perlu ditetap. Akhirnya dengan terbatuk-batuk dapat juga kami keluar darpada air banjir tadi. Kereta Ayohngoh masih terbatuk-batuk sehinggalah ke hadapan pondok kawalan keselamatan.
Kesian Ustaz Badrul dan isteri, rasa bersalah atas apa yang berlaku. Namun Ayohngoh tetap memberanikan diri untuk meneruskan perjalan sehinggalah kami sampai di airport dan semasa Ayohngoh ke tempat parking barulah enjin kereta ada perubahan ke arah yang lebih baik. Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Kebaikan insyaAllah dibalas dengan kebaikan.
Yang penting rasa lega dan seronok kerana dapat membantu untuk kali terakhir seorang insan yang bergelar sahabat dan yang banyak berkorban untuk ketenangan dan kesenangan Ayohngoh.
Sebagai kenangan bersama juga buat tatapan sesiapa yang berminat dengan banjir kilat SMKAM pada pagi jom tengok gambar-gambar di bawah:
Air mula melimpah semenjak malam semalam
Pandangan daripada atas flat 1
Salah seorang mangsa sedang menyelamatkan basikal daripada dihanyutkan air. Sebelum dihanyutkan air baik dia dulu yang hanyutkan....
Semua air longkang dan parit melimpah ke laluan
Salah seorang mangsa banjir yang tak akan berpindah dan tak akan dipindahkan.
Air melimpah sehingga ke hadapan halaman rumah Ustaz Hamzah dan Ustaz Ahmad Shahi. Mereka sedang mananti arahan untuk pindah daripada pihak kawalan banjir SMKAM
Mula-mula, bukan main confidence lagi.
Masih meluncur, tiba-tiba.....
Enjin kereta terpadam, nasib baik, nasib masih menyebelahi kami, kereta masih bermaya dan selamat segala-galanya.
Alhamdulillah. Mungkin banjir tak nak suruh Ustaz Badrul dan keluarga pulang kut. Tapi apa pun mereka dah pulang. Kata orang, Jangan tak Merasa Kemeriahan Banjir....
Pengajarannya:
Jangan diingat tempat yang kontang tidak ditimpa banjir.
Air masa sikit kita boleh minum dan telan tapi bila dah besar kita pulak kena telan.Hati-hati.
Setiap pengorbanan ada rintangan, dan setiap rintangan insyaAllah ada keberkatan.
Persahabatan maknanya suatu penyerahan, jadi serahlah apa yang termampu demi persahabatan dan persaudaraan.
Setiap perpisahan pasti ada pertemuan sebagaimana pertemuan ada perpisahan... tunggu..
Hari ini, hari cukup memilukan hati Ayohngoh. Kata orang di luar nampak ceria (perasan sikit) di dalam Allah sahaja yang tahu.
5 Disember, bermulalah segala-galanya, walaupun seawal November sudah diketahui namun hari ini adalah hakikatnya.
Hakikat persahabatan yang hampir sepuluh tahun yang terjalin di bidang kerjaya sebagai warga pendidik, warga kecemerlangan, warga penyudah di hadapan dan belakang tabir, rakan kongsi suka duka, untung rugi dan segala-galanya. Pendek kata, 5 Disember ini kalau diibarat sebagai burung maka hari ini, hari patahnya sebelah sayap, kalau diibaratkan sebagai pasangan hidup maka hari ini, hari duka, kalau diibaratkan sebagai penyengat maka hari ini, hari hilangnya bisa sengatan dan kalau diibarat sebagai lagu maka hari ini adalah hari hilanglah irama daripada lagu.
Sebenarnya itulah ungkapan yang boleh Ayohngoh luahkan buat persahabatan kami berdua antara Ayohngoh dan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam yang hari ini adalah hari berangkatnya beliau ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian beliau di Bidang Master. Perginya beliau pergilah sebelah tangan Ayohngoh yang sememangnya banyak kenangan kejayaan dan kenangan manis sepanjang persahabatan kami khususnya dalam memartabatkan kecemerlangan SMK Agama Miri walau mungkin ada yang menyatakan usaha yang tak seberapa tapi manisnya hanya kami berdua merasainya. Juga kenangan kecangihan IT yang mengajar kami apa erti Brush, apa erti Move Tool, Rectangular Marquee Tool, Polygonal Lasso Tool, Magic Wand Tool dan sebagainya dalam Adobe Photoshope. Melaluinya kenallah kami dengan Banner, Fishtail dan sebagainya. Apa lagi, apa bila mengadap ke bawah duli Sifu Ahmad Fauzi, taukeh Photoshope, Miri.
Tambah memilukan hati, perpisahan kali ini terpisah juga Ayohngoh dengan rakan kongsi PSI, ustazah Asmawani yang turut berangkat menemani kekanda tersayang. Kalau dulu segala permasahan dalam subjek kami beliaulah yang merungkai segalanya-galanya. Kini, dahlah beliau meninggalkan kami, Ayohngoh sendiri pun tidak lagi berhadapan dengan subjek berkenaan. Harap-harap orang baru dapat mengatasi semuanya, insyaAllah.
Tidak kurang dirasai kekurangan kami GPI SMKAM apabila Ustazah Aliza juga dijemput pulang ke Tanah Seberang untuk meneruskan perjuangan yang mungkin lebih mencabar.(tapi tak apa, hatinya tonang, dapat se tanah dengan orang tersayang)
Untuk anda bertiga, ... Di mana.. akan ku cari ganti, serupa dengan mu .... (baca ikut rentak lagu)
Inilah yang dikatakan lumrah hidup. Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap permulaan ada akhirnya dan setiap kehidupan ada kematian. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti diharapkan menjadi kenyataan. Kalau tidak, tak tahulah Ayohngoh apa harus dibuat.
Namun, perjalanan untuk mengejar seribu kecemerlangan dan seberapa banyak kegemilangan SMKAM akan terus diusahakan. Apa yang penting, modal yang bergelar guru atau warga pendidik SMKAM masih ada dan tetap wujud. Apa yang perlu, kita akan seiring sejalan seiya sekata untuk bangkit meneruskan usaha mencari suntikan kecemerlangan demi anak-anak dan umat Islam di Bumi Miri khususnya dan Bumi Kenyalang amnya.
Buat Ustaz Badrul Hisyam & Ustazah Asmawani seisi keluarga juga Ustazah Aliza terimakasih atas segala-galanya dan maaf buat semuanya dan jangan lupa kunjungi kami dengan panggilan atau apa sahaja, semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.Terimalahlah gambar-gambar ini sebagai kenangan kita bersama:
Inilah seadanya, selamat berjuang di tempat baru dan selamat menimba ilmu..... bye...bye
Beberapa Kisah Benar Dan Agak Kelakar Sepanjang Aidil Adha 1430H
(Ceritanya di selit dengan beberapa istilah Sarawak)
2 X 5
'Afif, boleh kita pergi ke sia ke'? Tanya Si Izzah dengan seribu harapan.
'Entahlah, kamek pun sik tahu bah, kamek sik kenal tempat ya, belum pernah kamek pergi'. Jawab Si Afif.
'Yalah, ka'mah, kamek tahu.' Tambah Si Izzah.
Sibapa hanya tersenyum. Lucu ada, nak tergelak pun ada.
Sebenarnya ungkapan itu lahir daripada perbualan dua anak kecil pada petang hari raya Aidil Adha baru-baru ni. Mereka sedang menonton tv rangkaian 1. Tiba-tiba TV 1 menayangkan sedutan lambaian kaabah. Gambar kaabah ditayangkan bersama laungan Labbaikallahumma Labbaik... Dilihat ramai orang ke sana. Agaknya kalau dapat pergi juga baguslah tu. Si Izzah ingatkan Kaabah tu tempat yang tidak jauh, dan boleh diziarahi dengan mudah sahaja. Lalu keluarlah ungkapan sedemikian.
Baik Punya Alasan
Petang aidul adha menjelma. Seorang bapa meminta anaknya, Aiman untuk solat Asar sebelum turun bermain di halaman rumah atuknya.
Sudah sembahyang asar tadi, tegas Aiman. Okaylah, jawab Si Bapa.
Tiba-tiba datang seorang anak kecil, anak buah si bapa yang baru berumur 3 tahun, Tisya namanya. Beliau sememangnya tidak dibenarkan untuk bermain di halaman rumah. Melihat si Aiman mendapat kebenaran untuk turun, Tisya pun turut bergegas untuk turun sepertimana turunnya Si Aiman. "Tisya tak boleh turun, nanti mama marah" Kata si bapa dengan harapan si Tisya tak turun ke bawah. Dengan muka yang selamba dia mengangkat tangan dan sebaris ayat meniti di bibirnya. " Tisya dah sembahyang tadi". Apa lagi. Sibapa pun tak terkata apa-apa dan Si Tisya terus je turun.
Jangan Salah Sebut
Hari ini si bapa sibuk di dapur untuk merebus tulang lembu hasil agihan daging korban keluarga terdekat. Si Ibu terpaksa ke rumah sebelah untuk membantupersiapan memasak daging korban untuk para tetamu.
Sebelum si ibu ke sebelah, si bapa tertunduk-tunduk sambil membelek-belek bekas rempah-rempah di dapur.
Si ibu kehairan lalu berlaku perbualan berikut:
Kitak cari apa? Tanya si ibu.
Aku cari rempah, jawab si bapa.
Rempah apa? tanya lagi si ibu.
Ala rempah ya bah, jawab si bapa sambil tangan membelek-belek bekas rempah yang ada.
Rempah apa, tanya lagi si ibu.
Apa tu, sup..sup..(termenung seketika)..aa.. sup buntut, masih adakah?, tanya si bapa.
Rempah apa!!, tanya lagi si ibu inginkan kepastian.
...Sup buntut bah, jelas si bapa.
Si ibu tersenyum lebar lantas bertanya lagi,
Rempah apa kitak padah tek?
"Rempah sup buntut bah" Jawab si bapa dengan nada yang agak tinggi(marahlah tu kononnya).
Anak-anak yang dari tadi mencuri dengar perbualan si ibu dan si bapa masing-masing tersenyum sendiri. Nak ketawa takut di marah si bapa. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum lucu hinggalah ada seorang anak yang cuba membetulkan keadaan dalam ketawa sinis.
Bukan sup buntut pak, sup bunjut.
Ya kah, oo... sup bunjut, kata si bapa.
Lalu riuh rendahlah satu keluarga, apatah lagi apabila melihat si bapak pun turut tersenyum, akur dengan kesilapan sendiri.
Mungkin inilah yang ingin diungkapkan oleh seorang anak kecil terhadap seorang abang yang turut serta mengiringinya ke Lapangan Terbang Miri.
Sikecil akan berangkat pulang ke Semenanjung kerana mengikuti perpindahan bonda tercinta demi memberi peluang untuk si ayahanda menyambung pelajaran ke peringkat master.
Nak diungkap dengan kata-kata tidak berupaya, bukan pilu tetapi belum pun bisa menyusun kata-kata yang dimaksudkan. Kebetulan pula sikecil belum lagi pandai berkata-kata. Yang sikecil tahu bila ibu kata salam, kena salam. Bila bersalam pula mesti cium tangan tak kira dengan siapa.
Berkat didikan ibu dan bapa serta rahmat salam di dalam syariat Islam insyaAllah akan menyuburkan anak-anak dengan amalan saling menghormati antara satu sama lain. Apa lagi antara anak dengan ibubapa, orang-orang muda dengan yang berumur serta sikecil dengan sibesar atau simuda dengan situa.
Persoalannya berapa ramai yang mampu menerapkannya dalam kehidupan anak-anak bahkan dalam diri bapa-bapa atau ibu-ibu sendiri.
Kedapatan, ada pula yang segan silu bila disuruh untuk bersalam dengan seseorang. Terkadang , zaman anak-anak ni, bukan main semangat bersalam, jumpa orang ni salam, jumpa orang tu salam, (baik ucapan mahu pun menghulurkan tangan untuk bersalaman) bila dah besar, usahkan bersalaman, ucapan salam pun tak terkeluar dan kekadang tengok pun tak mahu.
Buktinya, cuba tanya guru-guru di sekolah. Sekolah menengah terutamanya. Semasa di Tingkatan Satu dan Dua, lambat jumpa guru (cikgu atau ustaz), bersalam dan cium tangan lagi. Namun bila dah naik tingkatan tiga atau empat, lihatlah apa dah jadi. Bukan nak bersalam nampak guru di depan rela mencari laluan yang lain untuk mengelak. Bila naik tingkatan lima atau enam bertambah-tambah lagi hebatnya. Bukan maksud Ayohngoh semua tetapi sebahagian besor, kata orang.
Kenapa? Mengapa?
Nak kata tak diajar, diajar. Nak kata tak dipraktik, dipaktik(ada dalam sukatan pelajaran lagi, untuk mata pelajaran agama). Yang peliknya sebahagian kecil yang lain boleh kekalkan amalan sedemikian. Hinggakan ada sebahagian mereka, bukan dah besar tetapi dah berjawatan pun masih ada yang bersalam dan cium tangan bila jumpa dengan guru-guru atau orang yang lebih tua.
Mengikut pandangan singkat Ayohngoh, agaknya anak-anak ni, mereka ingat mereka je yang semakin meningkat usia, orang lain tidak. Mungkin juga mereka hanya mengukur dari sudut pertumbuhan badan. Sebabnya semasa mereka di tingkatan satu atau dua mereka masih merasa kerdil dan guru-guru yang ada agaknya nampak tua-tua atau dah berumur. Bila dah naik tingkatan 3, 4, 5 dan 6 mereka rasa mereka dah besar, dan guru serta orang disekeliling mereka mungkin mereka rasa sama je. Tak berubah pun.
Apatah lagi saiz badan anak-anak ni cukup cepat membesar berbeza dengan guru-guru yang sebahagian tu agak terbantut tumbesarannya. Tambahan lagi semasa masuk ke tingkatan satu masih macam kanak-kanak tetapi bila dah tiga atau empat tahun berada di sekolah badan dah meningkat besor, mengalahkan guru-guru. Jadi rasa besarlah kononnya.
Hakikatnya, ada dua tiga orang guru di mana sekolah, apabila berdiri di dalam kalangan pelajar kekadang tidak dapat dibezakan mana guru dan mana muridnya. Itulah agaknya perasaan kerdil dahulu dah berubah. Ayohngoh rasa kalau mereka sedar yang orang lain pun semakin berumur rasanya mereka akan terus ingat dan sedar tentang hakikat sebenarnya.
Jadi marilah, kawan-kawan, ibu-ibu dan bapa-bapa juga tidak ketinggalan anak-anak semua kita berusaha dan berusaha untuk memperbetulkan keadaan sekarang yang semakin lama semakin menjadi-jadi. Hilang sudah perasaan belas kasihan sesama manusia, hilang sudah perasaan kasih sesama saudara dan hilang sudah apa yang di katakan jiwa sebagai manusia.
Untuk itu, marilah kita semaikan nilai-nilai murni dalam diri kita semua. Kita ada Allah yang Maha Kuasa, kita ada Rasul utusan Allah yang banyak menyediakan khazanah serta gedung ilmu yang wajib kita selongkari demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Sebarkan, semaikan amalan salam agar kehidupan kita menjadi subur bersama berkat dan rahmat Ilahi. Firman Allah:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.An-Nisa' : 86
Salam buat semua rakan-rakan, lama betul tak melayari blog sendiri. Busy kononnya. Baiklah masa yang terluang sikit ni ayohngog nak kongsi satu cerita yang dikirim oleh seorang rakan. Agak menarik dan boleh dijadikan iktibar untuk sesiapa yang mengamalkannya.
Cerita atau coretan ini dikirim oleh seorang pengirim kepada Ayohngoh dengan panggilan Faiza. Sebenarnya siapa Faiza ayohngoh sendiri pun tak kenal. Yang penting coretan yang dikirimnya agak menarik jom kita baca bersama;
PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..
TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh.. Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke luarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so sampai sekarang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak keluarkan KWSP pun hadapi masalah yg sama..
Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..
p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi...
Nah itulah rakan-rakan semua tepuk dada tanyalah sendiri apa yang sepatutnya dibuat. Nasib baik tempat kerja Ayohngoh pakai Thumb Print, kalau tidak, ada juga orang yang nak mencuba agaknya..
Saya dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan di kampung yang juga banyak kurangnya dari sudut prasarana dan kemudahan-kemudahan. Berlampukan pelita ayam berdapurkan kayu api. Jarak rumah dengan pekan kurang lebih 20 km dan rumah agak terpencil daripada kawasan ahli qaryah yang lain.
Pendidikan awal sememangnya, pendidikan agama daripada ayahanda tercinta, kemudian disampung oleh Tuan Guru Hamzah, imam masjid qaryah. Kemudian memulakan pendidikan secara formal di SK Benting Lintang dengan rakan sekelas 16 orang 10 perempuan 6 lelaki. Sekolah kami adalah sekolah yang agak kecil yang mana setiap darjah ada satu kelas sahaja. Namun ianya banyak mengajar aku erti kehidupan dan ilmu pengetahuan. Juga erti kepercayaan. Paling manis kenangan di sana ialah, aku adalah orang kepercayaan warga sekolah dan pihak pengurusan. Kunci kelas hingga ke bilik guru aku dibenarkan menjaganya dan bertugas untuk memukanya diwaktu pagi, hatta ke bilik guru besar pun aku dapat masuk dengan mudah. Makan percuma dikantin sekolah dengan kak cik dan abang wel jangan ditanya berapa kali, tak dapat dihitung terlalu kerap.