Petikan daripada buku Susah & Senang Karangan RAzzi Armansur.. muka surat 139-140
Petang nanti, bila anda berjumpa dengan pegawai bomba, anda mengatakan begitu (tajuk) pegawai itu akan gelak. Mana boleh api dipadamkan dengan secawan teh?
Ia lebih kurang macam teka-teki, perlu kepandaian untuk menjawab.Memang boleh kalau api itu kecil seperti api mancis. Lain kali jangan gelak dulu.
Maksud di sini sangat mudah. Anda hanya perlu sensitif dan masa yang tepat. Api yang paling besar sekali dalam dunia ini sekalipun bermula dari api yang palin kecil. Semasa masih kecil, sebelum mula merebak- api itu boleh dipadamkan dengan menggunakan hanya secawan teh. Masa yang tepat ialah semasa api itu masih lagi kecil dan mampu dipadamkan dengan hanya menggunakan secawan teh.
Api di sini boleh dimaksudkan untuk berbagai-bagai jenis api, samada api sebenar atau api di dalam diri seperti api kemarahan, api kebencian, pendek kata apa sahaja jenis api yang membawa kesusahan dan menjauhi dari kesenangan.
Maksud secawan teh itu pula ialah teh iru sendiri atau penawar. Kedua-duanya boleh dipakai. Contoh: ada sesorang sahabat anda yang marah berapi-rapi kepada anda. Jika anda mengikut rentaknya, - ikut marah, kedua-dua akan menjadi arang dan abu. Salah seorang mesti mengalah - mengalah untuk kebaikan dan kesenangan. Jika dibiarkan pula, marah kawan anda itu akan menjdi seperti api, merebak dan membesar membakar anda dan dia. Jadi, semasa maahnya masih lagi kecil- ajak dia minum teh digerai, pasti api kemarahannya akan lesap entah di mana-mana, hanya kerana secawan teh pada masa yang tepat. Kalau dah marahnya membara - berpuluh cawan teh pun belum tentu dapat meredakan marahnya.
Begitu juga, kalau seorang anak suka mengambil hak orang lain, tidak dipadamkan tabiat itu ketika masih peringkat permulaan , tabiat itu akan menjadi api yang besar pada suatu hari nanti. Dengan apa nak memadamnya.?
Setiap kali anda melihat kebakaran yang besar, tolong apa yang patut ditolong sambil memberi ingatan pada diri sendiri - api yang begitu besar itu sebenarnya boleh dipadamkan dengan secawan teh pada masa yang tepat.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago

No comments:
Post a Comment