23 Mac baru-baru ni lenyap segala debaran warga SMKAM yang sememangnya menunggu-nunggu dengan penuh harapan akan keputusan SPM 2010.
Kelihatan wajah-wajah ceria sebahagian guru menyinari pagi ini, khususnya guru yang telah mengetahui keputusan mata pelajaran yang diajarinya meningkat dengan begitu baik sekali. Tidak kurang para pelajar yang menepati sasaran pencapaiannya, yang diluar jangkaan pun ada. Apa-apa pun tahniah buat semua atas kegigihan dan usaha yang telah dipanjatkan baik anak-anak pelajar mahu pun guru-guru yang tak mengira erti penat atau lelah demi kejayaan dan kecemerlangan para pelajar. Juga ucapan penghargaan buat semua yang telah menabur bakti dalam merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar samada secara langsung atau tidak langsung.. Jazakumullahi khairal jazak. Gambar-gambar kenangan:


No comments:
Post a Comment