Walaupun dah agak terlambat, namun kesempatan yang ada Ayohngoh ingin mengucapkan syabas dan tahniah untuk semua calon PMR 2010 atas usaha dan kesungguhan serta kegigihan mengulangkaji ilmu-ilmu yang berkaitan dan akhirnya memartabatkan kecemerlangan SMKAM dalam keputusan PMR baru-baru ini.
Tahniah yang tak terhingga buat semua guru dan semua panitia yang terlibat atas bimbingan kecemerlangan buat anak-anak SMKAM khususnya Bidang Pendidikan Islam yang merangkumi Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang mana pencapaiannya agak memberangsangkan berbeza dengan mata pelajaran yang lain walaupun pencapaian Bahasa Arab masih rendah namun sedikit peningkatan yang ada membuatkan SMKAM masih lagi ditangga kedua dalam kalangan SMKA di Sarawak selepas TUNAZ, Kuching.
Untuk makluman secara keseluruhannya, SMKAM duduk ditangga ke 9 daripada 170 buah sekolah menengah di Sarawak. Masih dalam kalangan top ten lah kononnya. Tahniah dan syabas buat semua warga.
Penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih seterusnya buat anak-anak yang berjaya merangkul kesemua A (9A) dalam PMR tersebut. Kami warga SMKAM amat berbangga dengan ketekunan dan komitmen yang ditonjolkan. Semoga ianya menjadi suntikan semangat untuk anak-anak yang lain. Tahniah & syabas.
Kenangan dihari keputusan PMR, 2010: 



Tanggisan kecemerlangan daripada seorang ibu yang tak dapat menahan sebak di dada setelah mengetahui anaknya mendapat keputusan cemerlang 9A.
Bergambar kenang kenagan bersama keluarga bahagia. Sianak yang berbaju kurung tu yang membawa tuah kepada keluarga dengan merangkul 9A.




Tanggisan kecemerlangan daripada seorang ibu yang tak dapat menahan sebak di dada setelah mengetahui anaknya mendapat keputusan cemerlang 9A.
Bergambar kenang kenagan bersama keluarga bahagia. Sianak yang berbaju kurung tu yang membawa tuah kepada keluarga dengan merangkul 9A.
No comments:
Post a Comment