Aduh, 2011 dah hampir sebulan berlalu. Kononnya sibuk sikit, facebook ke, blog ke langsung tak terlayan. Sekarang cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula, adalah rehat sikit & dapatlah cuba-cuba melayari internet. SMK Agama Miri turut bercuti seminggu bagi memberikan kemudahan kepada anak-anak atau ibubapa bercuti dengan selesa walau anak bersekolah di sekolah yang berbeza aliran. Kalau tidak sebahagian anak di sekolah ini bercuti di sekolah lain tidak dan sebagainya.
Hampir sebulan 2011 berlalu, banyak perkara yang dapat dicoretkan di sini untuk tatapan sendiri juga untuk kekawan yang inginkan berita perkembangan di SMK Agama Miri.
Tahniah buat semua warga SMKAM, walau dalam masa sebulan pelbagai aktiviti telah dianjurkan, ada yang seronok, gembira, sedih, pilu pun ada. Mana tak pilunye hampir semua yang hadir dalam satu program baru-baru ini, tak kira lelaki atau perempuan, anak atau ibubapa tak ketinggalan guru-guru, kecil besar semuanya mengalirkan air mata pilu dengan keadaan anak-anak dan ibubapa dalam salah satu babak daripada babak-babak program berkenaan. Ayohngoh pun tak tahan sebak tetapi dapat berlindung di sebalik kamera di tangan.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago

No comments:
Post a Comment