Sebagai pembakar semangat anak-anak semua terimalah kata-kata semangat daripada pihak PIBG dan Pengurusan SMKAM:

Assalamualaikum buat anak-anak 6 Atas:
Syamil, Hafizzan, Syarul, Lokman, Arif, Fikri, Huzaini, Julia, Sarmia, Rubiah, Izza, Khaironiza, Khairunnisa, Rosnah, Shazlin & Aisah.
Pertamanya, kemaafan daripada Ayahanda atas kurangnya kebersamaan dalam P&P sepanjang pengajian lebih kurang dua tahun. Sepertimana ayahanda selalu ucapkan "macam chipsmore".
Juga ampun dan maaf kerana tiada di sisi pada masa-masa terakhir untuk berhadapan dengan subjek Syariah kertas 1 & 2.
Juga kemaaafan atas segala kekurangan ilmu yang dicurahkan namun ayahanda pasti anak-anak semua memiliki kekuatan untuk menghadapi segalanya, insyaAllah.
Ingat segala nasihat guru-guru, hayati keringat ibubapa, balas jasa-jasa mereka, perkenankan segala hasrat dan impian mereka, fikir masa depan masing-masing, gigihkan usaha tingkatkan daya upaya, insyaAllah kejayaan menyebelahi kita... Itu sahaja daripada ayahanda, sekali lagi Selamat Berusaha dan Selamat Berjaya…… Jangan lupa , banyak-banyak berdoa dan bertawakkal kepada Ilahi….
Buat renungan:إن الله يحب احدكم إذا عمل عملا أن يتقنه
“Allah lebih suka dan sayang sesiapa diantara kamu yang apabila melakukan sesuatu
pekerjaan dilakukan dengan penuh ketekunan”
Ikhlas daripada:
Ayahanda So Family (Ayohngoh1970).
Besut Terengganu.
No comments:
Post a Comment