Pengalaman 1431H/2010 lebih menyeronokkan kerana segalanya diurus pihak penganjur dalam istilah pakej. Bukan setakat sembelih dan agihkan daging qorban tetapi mula daripada mengurus pembelian, pelapahan, agihan, masakan dan makan sekali. Tiga ekor lembu telah tumbang ditangan penyembelih kurang tauliah SMKAM, PK Kokurikulum, siapa tu??






Sambil-sambil memotong, yang dah dipotong diserahkan kepada orang dapur untuk dimasak.
Dah masak dah.
Suo gear boot pun dah boleh ditelan tetapi keras sikit, maklumlah tulang.
Selain para petugas, warga guru dan staf sokongan SMKAM, agihan daging dapat dihantar ke Piasau, Bakam dan juga Bekenu. Alhamdulillah maknanya ramailah juga yang merasanya. Terima kasih dan tahniah kepada hamba-hamba Allah yang turut serta menjayakan program kami dengan mengorbankan wang ringgit demi ketaqwaan terhadap Ilahi.
Masa makan pula masing-masing kelihatan puas, kerana pengalaman pertama makan daging masak kawah ala Smile Catering, kononnya. Ditambah lagi dengan sup gear boot yang dimasak di perkarangan dewan makan secara life. Masing-masing berebut untuk mencubanya.
Akhirnya sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat. Jakumullahikhairal jazak. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua peserta Qorban dan Akikah, semoga ibadah anda diterima Ilahi. Kami dipihak pengurusan Ibadah Qorban & Akikah SMKAM memohon ampun dan maaf atas terlebih dan terkurang dalam pengurusan tempoh hari. Sekali lagi terima kasih dan jazakumullahi khairan kathira.
Semoga Allah memberkati kalian:
Nama Peserta Qorban & Akikah
Lembu Pertama
1. Encik Miqdam bin Khalid
2. Puan Nik Norizan binti Nik Ismail
3. Encik Meor Rosazman bin Hj Md Idris
4. Encik Mohamad bin Belal
5. Ustazah Nurulhana binti Abdullah
6. Puan Aini binti Ibrahim
7. Puan Zolia binti Hazemi
Lembu Kedua
1. Zainul Abidin bin Jemin
2. Muhammad Arshad bin Abdullah Samat
3. Nur Insyirah binti Abdullah Samat
4. Ahmad Afnan Husaini bin Abdullah Samat
5. Nur Aqeelah binti Abu Samah
6. Awwal Muazzam bin Hasdi
7. Azwar Muzaffar bin Hasdi
Lembu Ketiga
1. Saiah @ Bujang bin Assim
2. Saiah @ Bujang bin Assim
3. Assim bin Assan
4. Gandi binti Amit
5. Minah binti Assim
6. Burus binti Assim
7. Zulkipli bin Mohamad






Bersedia untuk berangkat pulang

No comments:
Post a Comment