;

Thursday, December 2, 2010

Hari Kokurikulum SMKAM 2010

Alhamdulillah, akhirnya barjaya juga Hari Kokurikulum SMKAM 2010 melabuhkan bahteranya untuk diteruskan segala perancangan yang telah diatur. Sudah dua, tiga tarikh ditetapkan tetapi asyik ada sahaja halangannya. Hari ini, 8 November, walaupun agak sederhana namun kelicinan perjalan sambutannya mampu Ayohngoh selaku PK Kokurikulum menarik nafas lega.
Sambutan ini dibuat dalam perhimpunan pagi, sesederhana mungkin. Kemeriahan sebagaimana yang dirancang terpaksa disederhanakan memandangkan pemergian Ayahanda Pengetua di jemput Ilahi belum sampai sebulan.
Bacaan Ikrar mendahului acara.
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran dialunkan mohon rahmah dan berkat daripada Allah
Hari Anugerah Kokurikulum pada tahun ini disempurnkan perasmiannya oleh Hajah Khamsiah binti Usop, Penolong Kanan Pentadbiran selaku Pemangku Pengetua SMKAM. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua warga atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perjalanan segala aktiviti dan program kokurikulum baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Kerjasama sedemikian harus diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Penghargaan kepada AJK Kelab dan Persatuan Unit Kokurikulum oleh Ustaz Mohd Sopey Hussin, PK HEM SMKAM.
Kemudian penyampaian disambung oleh Hajah Khamsiah Usop, PK Pentadbiran.

Beberapa pelajar dianugerahi Plug Penghargaan kerana mengharumkan nama sekolah di Peringkat Kebangsaan dalam Bidang Kokurikulum.
Kami di pihak Unit Kokurikulum SMKAM juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga yang telah menyumbang bakti memartabatkan SMKAM di Bidang Kokurikulum. Semoga Allah memberkati kalian. Kami juga amat-amat menghargai segala sumbangan, bantuan, kerjasama, komitmen, buah fikiran, idea-idea bernas yang telah dihulurkan sepanjang program pada tahun ini dan diharapkan tahun-tahun seterusnya ianya lebih hebat lagi walau siapa pun penerajunya demi kecemerlangan dan kegemilangan SMKAM di Bidang Kokurikulum. InsyaAllah.
Sambutan diakhiri dengan bacaan doa memohon restu Ilahi.
Gambar-Gambar Kenangan:

No comments: