Tiada apa yang dapat diucap selain ucapan terima kasih buat PIBG SMKAM atas keprihatinan menganjurkan program berguna buat warga pelajar SMKAM pada 4& 5 November lalu. Semua pelajar memberikan kerjasama yang terbaik, baik semasa ceramah atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan.




Sesi pertama pada 4 November khusus untuk tingkatan 1,2 dan 3.

Manakala sesi kedua pada 5 November disediakan buat abang-abang dan kakak-kakak di tingkatan 4,5 & 6.
Ramai pelajar yang berjumpa ayohngoh menyatakan rasa seronok berada dalam program yang telah diatur. Sebahagian pelajar menyampaikan ucapan terima kasih kerana mereka juga terpilih sama walau pada awalnya mereka terkecuali daripada menyertainya kerana diberi peluang untuk mengulangkaji SPM & STPM. Kami seronok dan tidak menyesal mengikutinya. Banyak pengetahuan dan pengajaran yang kami perolehi dalam program ini... antara ungkapan kata-kata pelajar.Guru-guru juga tidak ketinggalan untuk turut mencuri sedikit maklumat daripada pencermah sambil mengawasi disiplin para pelajar .


Kupasan dan penyampaian yang amat menarik dengan diselitkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w tentang pengenalan zina, faktor mendorong dan implikasi zina membuatkan kesedaran timbul terhadap para pelajar kami. Terima kasih banyak-banyak.Kami mengharapkan ianya mampu merubah paradigma remaja kami yang terkadang terpengaruh dengan salah erti sebahagian pandangan berkaitan dengan remaja. Salah faham tentang cinta. Salah faham tentang berpasangan dan sebagainya.
Untuk itu sekalung penghargaan buat semua khususnya anak-anak pelajar yang sudi bersama sehari suntuk(tingkatan 1,2 & 3 -4 November & 4,5 & 6- 5 November), juga buat guru-guru walaupun baru sahaja selesai mengendalikan program besar 4 hari 3 malam (Jubli Perak) namun tetap bersama demi anak-anak palajar tersayang.
Terima kasih yang tidak terhingga buat para penceramah Raudhatus Sakinah atas kesudian menabur bakti menyampaikan maklumat berguna untuk anak-anak kami, jazakumullahi khairal jazak.
Sekali lagi terima kasih, alfu alfu syukr, buat PIBG atas sokongan padu dalam menjayakan program ini.
"Kecemerlangan dan Kemantapan Sahsiah Anak-Anak Islam Kita Bina Bersama"
Terima kasih.
Gambar-Gambar Kenangan:

Pengacara mengucapkan selamat datang untuk para tetamu





YDP PIBG, Encik Mear Rosazman yang sentiasa memberi sokongan atas segala program







No comments:
Post a Comment