;

Sunday, December 5, 2010

Balik Kampung

Masa seminggu untuk menyiapkan segala persediaan markah kokurikulum 2010 sebelum balik kampung agak kelam kerabut, naik poning dibuatnya. Persiapan untuk pulang ke kampung pun perlu juga.
Masalah dan halangan bersilih ganti, Allah yang Maha Pemurah menguatkan semangat dan memberi ketabahan sehingga segalanya selesai walaupun tak sepenuhnya.
Thanks untuk rakan-rakan yang turut membantu. Sifu Hasanuddin banyak memberikan pertolongan. Jazakallahi khairan kathira.
Time untuk terbang ke kampung halaman sudah tiba. Hari ni 28 November, awal-awal lagi barang2 dihantar untuk open check in. Dalam jam 10.00 pagi kami dah stanby di airport setelah dihantar oleh Ustazah Nurulhana yang terpaksa stay di Miri kerana dilantik sebagai pengawas peperiksaan. Tahniah & terima kasih.
Anak-anak teramat gembira, apatah lagi setelah dilihat dua tiga orang sepupunya ada menanti di airport bersama mamak(nenek). Melompat sana, melompat sinilah mereka.
Bergambar kenangan bersama sepupu yang mengiringi perjalanan pulang

Setelah masuk ke balai berlepas, jumpa x student isteri dan diberi kebenaran awal untuk stanby di depan gate masuk. Itu sebenarnya tuah SiAlong. Sehinggakan kami sampai ke gate, orang dalam flight yang baru sampai belum lagi keluar. Duduklah kami anak beranak di depan gate tu. Macam nak naik kapal terbang peribadi pulak. Nampak macam kami sekeluarga je yang akan terbang.
Along turut berposing bersama dengan kereta barunya.Bila kapal terbang berlepas, yang pertama sekali di tunggu ialah waktu pengagihan makanan.
Ketiga-tiga layer tu dah kosong tu. Along setakat menjelingj je. Orang tengah tu yang betul-betul jeling.

Sampai di KLIA, along punya pasal kami awal-awal lagi disuruh masuk. Apalagi bergegaslah kami sekeluarga. Masa yang ada tak disia-siakan anak-anak, berkat asuhan umi.
Jam kurang lebih 4.30 petang kami bertolak daripada Kuala Terengganu Airport ke kampung halaman di Benting Lintang. Yang lucunya anak buah ku, Miza menyediakan van tambang untuk ke sana. Merasalah anak-anak(Hannan & Afif) menaiki van tambang. Dah le kurang terurus, pendingin hawa langsung tak berfungsi, pakai aircond asli je kut tingkap. Nasib ikut jalan tepi pantai dan nasib juga tak hujan. Abi ngan Umi tak kisah, memang dah biasa, tapi anak-anak apa lagi Hannan, terus tidak terkata sehinggalah ke 2/3 perjalanan baru nampak ceria sikit. Wajah Hannan yang terus berubah apabila melihat keadaan van
Sekarang dah ok.
Lebih kurang jam 6.00 petang sampailah kami di destinasi. Disambut tok cik tersayang.
Terimakasih Abang Miza sekeluarga yang turut menghantar kami. Along, Aiman & Ika menaiki keretanya.

No comments: