;

Saturday, October 30, 2010

Jubli Perak SMKAM

Alhamdulillah semalam, 30 Oktober 2010 berlangsunglah perasmian pembukaan Sambutan Jubli Perak SMK Agama Miri yang telah kami rancang beberapa bulan yang lalu. Komitmen dan kerjasama daripada warga SMKAM, alhamdulillah, secara keseluruhannya memuaskan. Cuma dari sudut kehadiran, baik ibubapa mahupun para pelajar sedikit mengecewakan. Mungkin sebahagian merasakan mereka tidak terlibat secara langsung kerana berkebetulan perasmiannya dibuat bersama Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, kata orang dua dalam satu, jimat masa dan jimat kos.
Sepatunya semua warga baik anak-anak, warga pendidik, ibubapa dan staf sokongan sama-sama memperjuangkannya bersama, sekolah kita, kalau bukan kita siapa, kalau bukan sekarang bila. Kalau pasal mengkritik bukan main semangat, bila ada diminta kerjasama bukan main bersengat.. op..op..op.. lain pula yang dicerita.

Majlis kami diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu khususnya tetamu kehormat Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen Sibuti. Yang Berhormat telah merasmikan kedua-dua program berkenaan dangan menyempurnakan gimik perasmian yang telah disediakan.

Paling menceriakan suasana bahkan bergemuruh tepukan hadirin apabila Yang Berhormat memaklumkan sumbang ikhlas daripada beliau sebanyak RM 10,000.00. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Selepas perasmian Yang Berhormat diberi penghormatan untuk menyempurnakan penyampaian hadiah dan anugerah buat para pelajar yang telah berjaya.




Yang Berhormat sempat meluangkan masa untuk melawat gerai-gerai yang didirikan sempena sambutan Jubli Perak SMKAM sebelum meninggalkan majlis kerana terpaksa menghadiri satu lagi Program di Perkampungan Sukan Petronas Miri.

Akhirnya, terima kasih yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan pada kali ini. Juga penghargaan dan terima kasih buat Yang Berhormat atas kesudian menjadi Penaung Sambutan kami dan sekaligus merasmikannya serta menyampaikan sumbangan ikhlas sebagaimana yang termaklum.

Gambar-Gambar Kenangan:-
Persiapan:

Test Suara & Saound System:
Urusan-urusan terakhir:

Raptai Penuh:



Persembahan Pelajar:


Ucapan-Ucapan:
Sebahagian Gerai Yang Mengambil Bahagian:

Lain-Lain Kenangan:





1 comment:

WanShila said...

Assalamualaikum

Tahniah kerana telah berjaya mengadakan majlis sambutan dengan jayanya.

Kehadiran yang tdk memuaskan tu hanya salah 1 indikator penentu kejayaan majlis..tetapi apa yang lebih penting majlis berjalan dengan lancar tanpa cacat cela dan memberi pengalaman hebat kepada yang terlibat secara langsung atau tidak.

keep it up!