;

Saturday, October 9, 2010

Sambutan Jubli Perak SMKAM

Kini genap 25 tahun usia SMK Agama Miri. Selama 25 tahun SMKAM juga sebagaimana SMK yang lain turut mampu memberikan sumbangan dalam era pembangunan negara dari sudut bekalan modal insan yang telah bertebaran di seluruh pelusuk negara menabur bakti dan sumbangan. Selama 25 tahun juga pelbagai kenangan pahit dan manis turut menyusuri sejarah SMKAM.

Rentetan daripada usia yang menjangkau ke 25 tahun, maka kami, pihak pengurusan sekolah akan mengadakan sambutan Jubli Perak SMK Agama Miri mulai 30 Oktober sehingga 2 November 2010. InsyaAllah ianya akan dipenuhi dengan pelbagai program khusus buat warga SMKAM dan para tetamu yang akan hadir nanti.

Sehubungan itu, semua pelajar, bekas pelajar, ibubapa dan sahabat handai dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan berkenaan.
Sambutan Jubli Perak SMKAM akan diserikan lagi dengan Konsert Nasyid oleh Kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Kumpulan In Team pada malam 30 Oktober.
Sesiapa berminat boleh dapatkan tiket masuk daripada urusetia konsert selagi stok masih ada.
Semoga kerjasama dan komitmen yang anda berikan bisa menceriakan lagi sambutan berkenaan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih, jazakumullahi khiral jaza'.

No comments: