Setelah selesai Majlis Perasmian Pembukaan Sambutan 25 Tahun Jubli Perak dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang kini tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh warga SMKAM untuk menempa sejarah baru buat bumi SMKAM. Julung-julung kalinya sebuah kumpulan yang diminati ramai Inteam dijemput untuk memenuhi konsert nasyid sempena sambutan 25 tahun SMKAM. Semua warga yang bertanggungjawab bertungkus lumus menyiapkan tugas-tugas terakhir. Tidak ketinggalan kumpulan Inteam yang hadir untuk memantau pentas persembahan di samping mencuba PA System dan sebagainya.



Bergema Dewan al-Khawarizmi SMK Agama Miri dek alunan suara kumpulan Inteam yang mendendangkan lapan lagu dan mampu memukau semua hadirin yang datang.


Konsert ini diceriakan lagi dengan celoteh yang mencuit hati oleh pasangan pengacara majlis yang diundang khas daripada SMK Lutong, Puan Kasmawati Bujang dan wakil guru kami, Ustaz Shahdan bin Dingka.

Paling menyeronokan hadirin, apabila dapat bersua muka secara life dengan artis yang diminati . Dapat pula bersalam-salaman disamping mendapatkan tandatangan autograf dan sebagainya.
Peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama ketiga-tiga anggota kumpulan Inteam tidak disia-siakan.
Pengalaman bersama kumpulan Inteam amat berharga buat Kumpulan Nasyid SMKAM, Shoutul Falihin atas kesempatan yang diberikan untuk membuat persembahan selingan sementara Kumpulan Inteam berehat selepas mendendangkan empat lagu pertama.



Apa lagi, setelah diajak kumpulan masyhur itu menyampaikan persembahan bersama mengalunkan zikir salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Popular le rasanya.

Pada malam itu keseronokan jelas kelihatan buat beberapa orang penonton bertuah dapat naik ke pentas dan bergambar bersama Inteam serta menerima saguhati daripada kumpulan berkenaan atas keberanian menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan.
Kami selaku pihak penganjur merasa puas, apabila sebahagian tetamu menyuarakan kepuasan yang tak terhingga dan ditambah dengan ucapan tahniah atas pengurusan dan sebagainya.



Tidak ketinggalan penghargaan dan ucapan terima kasih buat anggota RELA yang turut membantu dalam memastikan keselamatan sepanjang konsert terjamin.


No comments:
Post a Comment