;

Monday, February 15, 2010

Kamera Punya Fasal

Selesai mesyuarat dan tugas di KMIC UPSR 2010 kami melakukan kinjung hormat ke Kanada Hill semata-mata nak mempelajari satu tips berkaitan kamera bila nak ambil gambar bunga api diwaktu malam. Fasilitator kami tak lain tak bukan cifu Poji ketua unit kami.

Persiapan awal telah dibuat dengan menyediakan alatan kemera yang sepatutnya.


Jam 11.45 sampailah kami di puncak Bukit Kanada dengan harapan menemui angle yang baik, rupa-rupanya orang lain dah awal-awal lagi mengambil tempat. Akhirnya dapatlah juga satu sudut. Cukup untuk mempraktikan ilmu baru yang diajar cifu.

Tepat jam 12.00 malam berdetum detamlah bunyinya dan berkilauanlah cahaya di seluruh Bandaraya Miri. Yang aku, pusing sana cantik, sini pun cantik akhirnya pantang larang yang disebut cifu sikit tak diendahkan. Akhirnya semua gambar yang disnap berbenang-benang, tidak clear. Bila dah reda sikit baru nak cuba ilmu cifu, guna stand. Barulah ada hasil sikit. Antaranya:



Jam 1.20 turunlah kami setelah segala ilmu diaplikasikan. Thanks my cifu dan Selamat Tahun Baru Cina untuk kekawan CinaKu.

No comments: