Alhamdulillah, hari ni tercapailah hasrat anak-anak nak ke pantai. Pagi-pagi lagi mereka dah bersiap, Aiman yang paling bersemangat. Dialah perancang segala program. Adik-adik mengikut je.
Segala persiapan telah dibuat, tiba pula masa untuk berposing:
.JPG)
.JPG)
Setelah selesai sarapan, bermulalah episod yang diingini anak-anak.
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
Sebenarnya pantai yang dituntut tak lah jauh sangat. Dua atau tiga minit pun boleh sampai tetapi masa dan kerja punya cerita, jiran di tepi rumah pun silap-silap tak sedar, bila pindah. Inilah kehidupan, kalau kedunian menjadi utama pasti perpcahan yang akan menjelma.
Luak Esplanade menjadi sasaran. Berbekalkan sarapan pagi dan sedikit keropok kegemaran anak-anak sampailah kami ke pinggiran laut Kampung Luak ini. Anak-anak sanggup buat apa sahaja asalkan hasrat mereka termakbul. Hannan dan afif angkat kerusi, Aiman angkat botol-botol air, yang Along pula membawa diri dengan dipimpin Ika ke destinasi.
Along turut tergoda dengan apa yang dilakukan oleh adik-adik.
Permainan si anak berakhir dengan sarapan sessi ke dua. Masing-masing kelihatan berselera dek penat bermain dengan ombak.
Selesai episod di pantai ada satu lagi permintaan daripada anak-anak. " Abi, jom kita ke taman". Pinta si Aiman. Keranamu si anak, Abi & Umi akur segalanya.
Taman Piasau menjadi pilihan sianak-anak. Apa lagi , masing-masing ceria tanda berpuas hati atas tertunainya segala hajat.
Dalam anak-anak sibuk melepaskan geram terhadap peluang yang diberikan, Umi dan Abi tidak ketinggalan menikmati semula zaman kanak-kanak yang tidak pernah dinikmatinya suatu ketika dulu.
Peluang keemasan untuk anak-anak pada kali ini berakhir dengan hidangan milo ais sebelum kembali ke Taman Phoenix, taman terletaknya teratak kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment