Waduh.. dah dua tiga bulan sik update blog sendiri. Nak kata sibuk tak lah juga. Nak kata tak sibuk banyak lagi kerja belum selesai. Sibuk le sikit agaknya. Hajat di hati nak tulis itu nak tulis ini. Cuti tahun baru cina ni pun asyik ngan kerja. Anak-anak hantar balik ke rumah bapa mertua ku. Ummi di rumah sorang-sorang, abi kena bantu kekawan di Kem Motivasi Insan Cemerlang UPSR. Kesian Ummi, lebih kesian anak-anak. Orang cuti ronda-ronda tapi kita tidak. Harap-harap anak-anak ku memahami pengorbanan seorang hamba Allah.
Thanks buat Hana dan Mariah kerana menemani si ummi, kurang sikit kesunyian ummi sorang-sorang di rumah. Hari ni okay sikit, kem dah habis dan perjumpaan dengan AJK Majalah sekolah pun dah dibuat walau kerja masih belum selesai. Harap-harap pertemuan hari ini membuahkan hasil yang lumayan dan tercapai segala kehendak.
Petang ni perlu ke Bekenu menjemput si anak-anak kesayangan pulang. InsyaAllah esok kita pusing-pusing dan makan-makan.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment