;

Tuesday, September 8, 2009

Gurauan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan rahmat buat dua pasang guru dari sebuah sekolah berdekatan Bandaraya Miri, kerana mereka berjaya memenuhi masa kosong mereka sempena cuti sekolah baru-baru dengan berkongsi tenaga membuat kuih kegemaran ramai tat nenas dan kek lapis perigi biru.

Seawal jam 7.00 pagi mereka berkumpul semata-mata mencari sedikit keuntungan sempena ketibaan bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sama-sama bersemangat baik sang suami mahu pun si isteri. Buktinya, lihatlah.

 Sorry… gurau je… kekawan jangan terpedaya … Itu hanya joker ramadhan 1430H, tetapi kalau benar pun okay juga rasanya.

            Sebenarnya kami anak-beranak (keluarga Ayohngoh dan keluarga ustaz Bad) merancang untuk sama-sama masak kek dan tat untuk raya. Kami berdua (Ayohngoh dan Ustaz Bad tumpang sekaki ). Yang bersemangatnya biasalah kedua-dua assistant daripada dua buah keluarga (Ummi Haida dan Ummi Mawa).

            Sambil bercerita (kekadang termengumpat juga) sambil buat-buat sibuk kami berdua cuba menerap tat nenas, tak terasa waktu zohor dah masuk. Lepas solat sambung lagi sampai asar. Siapa sangka, rupa-rupanya siap juga hampir 300 biji tat nenas. Sedap ke.... taklah dapat nak cakap sebab tak boleh rasa. Nampak macam sodap.

            Dua ummi di dapur pula sempat menyiapkan dua loyang kek. Satu Kek Perigi Biru dan satu lagi Kek Nakhoda untuk persiapan hari lebaran yang bakal menjelma. Tersenyum memanjang kerana objektif tercapai. Sampai ada yang benar-benar nak bisness kek la pula. Hakikatnya tat nenas ummi Haida dah pun terjual semenjak setahun dua ni. Masuk je puasa sibuklah siummi mencari nenas, nak buat jem untuk inti/jem tat nenas. Kekadang nenas terkari oleh si abi. Beli lagi. Tak kurang juga dengan bekas plastik, ada tat nenas ada bekas plastik, ada tat nenas ada bekas plastik, ada bekas plastik ada tat nenas.

            Anak-anak, turut memeriahkan suasana, ada yang nak muntah, ada yang tak tahan bau kuih, ada yang haus dan pelbagai kerenah mereka, maklumlah mereka pun turut berpuasa, bau kuih muih yang dimasak pula menusuk kalbu. Tambah lagi ada pula yang menggoda dengan makan dan minum secara terbuka. Ada anak-anak yang belum sampai seru.

            Alang-alang dah berkumpul, masa pun dah dekat dengan waktu berbuka puasa, keputusan dibuat untuk sama-sama berbuka puasa di rumah kami. Makanan dan minuman untuk berbuka puasa Ayohngoh dan ustaz Bad masak pakai menu unjuk. Unjuk punya unjuk di dapur Seberkas, meja makan pun penuh dengan makanan dan minuman. Yang ni nak ABC, yang ni nak air kelapa, yang ni nak apam balik, yang ni  nak nasi lemak dan sebagainya dengan selera masing-masing. Ini yang dikatakan anak-anak. Kita ibubapa sekali sekala kena akur juga dengan permintaan mereka, maklumlah demi mendorong dan memotivasikan mereka dengan ibadah puasa.

            Inilah agaknya yang dikatakan rahmat ramadhan. Selain menjamu selera dapat juga merapatkan ukhuwwah dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Apa lagi anak-anak. Kata puteri ku Hannan Qistina:" Abi, bila lagi sidak bapa Nani nak sunkei rumah kita". Kata orang bujang Aiman, " Bestla bi kalau macam tok selalu ."  

Mana tak bestnya selepas solat maghrib diberi peluang untuk mereka menghabiskan saki baki bunga api 2,3 tahun lepas.

Setelah selesai segala pengagihan harta masakan kami pun bersurailah untuk persiapan solat Isyak dan Terawih.

Kekawan naka resepi tat nenas, kek perigi biru dan kek nakhoda bolehlah hubungan tuan punya resepi. Selamat mencuba.

Sedikit gambar kenangan:





2 comments:

izura_maizura said...
This comment has been removed by the author.
izura_maizura said...

wahh..wat tat nenas!!nk jgk..tp...sedap ko hok ustaz wt tu??hehe