;

Monday, August 24, 2009

Amrul Bil Ma'ruf Wa Nahyu 'Anil Munkar

3 Ramadhan 1430H kini tinggal beberapa minit lagi akan meninggalkan kita (bagi umat Islam di Bumi Miri), bermakna 27 atau 26 hari lagi ramadhan akan bersama kita. Pejam celik, pejam celik sememangnya tidak terasa hari-hari berlalu.

          Untuk santapan rohani kita pada petang ini jom bersama ayohngoh melayari beberapa ayat dan hadis Rasululllah s.a.w. berkaitan gesaan dan galakan Allah untuk kita melaksanakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran atau kemaksiatan terhadapNya atau dengan kata lain Amar Ma'ruf Nahi Munkar.

 Antaranya:-

 1. Firman Allah dalam Surah Ali-Imran Ayat 104:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

 2. FirmanNya lagi dalam Surah Ali-Imran Ayat 110:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (١١٠)

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

 3. Firman Allah lagi dalam surah Al-Hijr Ayat 94

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ (٩٤)

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

 4. Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 165:

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ (١٦٥)

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

 5. Sabda Rasulullah s.a.w.:

عن حذيفة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : والذي نفسى بيده  لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر او ليوشكن الله ان يبعث عليكم عقابا منه ثم تدعونه فلا يستجاب لكم

Daripada Huzaifah r.a. berkata: Daripada Nabi s.a.w.: Demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya, kamu mesti melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau kalau tidak pasti Allah akan menurunkan siksa pada mu kemudian kamu berdoa kepadaNya maka Allah tidak akan menerimanya (memakbulkannya)  

 Dan banyak lagi nas-nas yang menbicarakan  kelebihan dan kepentingan  Amru Bil Ma'ruf Wa Nahyu 'anil Munkar امر بالمعروف ونهي عن ا لمنكر.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengatur jejak dan menyusun strategik untuk terus dan terus menegakkan kebesaran serta keadilan Ilahi. Sebagaimana pengorbanan yang telah dibuat oleh Para Nabi.

Samalah kita menjuruskan segala pengorbanan kita, tulus ikhlas kehadratNya. Juga anggaplah ianya sebagai tanda syukur kita di atas segala nikmat yang dinugerahiNya, mudahan-mudahan ungkapan   ولئن شكرتم لأزيدنكم   (Dan sekiranya kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat bagi kamu)  menyebelahi kita. InsyaAllah…… 

Selamat Bersunkei untuk kawan-kawan di Miri….. 6.24 petang…. Lagi 12 minit untuk merasai nikmat bagi orang-orang yang berpuasa. (nikmat berbuka puasa)

No comments: