;

Monday, September 21, 2009

Cerita-Cerita Ajak Bah

Pada suatu malam, Nani dan Azim berjalan-berjalan satu lorong gelap. Tanya seseorang, apa dia buat malam-malam gelap tu. Ala kan cerita-cetiar ajak. Jawab pencerita.

 Tiba mereka berdua terlihat dua lembaga sedang berdiri dihadapan mereka. Nani menjadi kehairanan kerana wajah kedua-dua lembaga tersebut sama dengan wajah mereka berdua. Macam mana boleh sama, betul ke, sama? Tanya seorang pendengar. Cerita-cerita ajak bah. Kata pencerita. "Ok, ok, teruskan". Celah seorang pendengar. "Lepas tu apa yang berlaku, bang?" Tanya seorang lagi.

 Bila Nani dan Azim mendekati lembaga berkenaan, tiba-tiba mata kedua lembaga berkenaan menjadi merah padam, macam api. Apa lagi. Bertempiaranlah si Nani dan Azim menyelamatkan diri. Seorang ke timur dan seorang ke barat.

Kedua-dua lembaga berkenaan tersenyum melihat gelagat si Nani dan Azim, kemudian lembaga tu pun turut lari. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.

            Aik... kenapa lembaga lari juga. Kenapa dia tak kejar. Tanya si pendengar. "Tak apalah, kan cerita-cerita ajak". Jawab pencerita

            Sepuluh minit kemudian lembaga yang menyerupai Azim berjumpa dengan Nani. Dia ingat si Nani tu kawannya. Nani pun ingat kawannya. Berbincanglah mereka untuk sama-sama mengejutkan si Nani dan Azim sekali lagi. Mendengar cara Si Azim membuat perancangan untuk menakutkan siNani, barulah si Nani perasan yang orang bersamanya bukanlah Azim yang sebenar. Oleh kerana terlalu takut, Nani pun pura-pura pengsan. Lembaga Azim pula menangis tersedu-sedu. "Kenapa pula dia menangis, kan dia tu hantu ". Tanya si pendengar.. Alah kan cerita-cerita ajak.

            "Lepas tu apa lagi bang?  Tanya si pendengar. "Lepas tu habislah ceritanya".kata si pencerita. "Aik, tak kanlah habis macam tu ajak..".kata si Pendengar. "Aik, kan cerita-cerita ajak. Tadi kan minta saya buat-buat cerita, iaitu cerita-cerita ajak.Itu jelah yag saya dapat buat-buat cerita"

            Itulah cerita anak Ayohngoh dengan rakan-rakannya sementara perjalanan pulang dari sekolah. Asalnya mereka Nani, Badrina, Aisyah dan Aiman mintak agar Aiman bercerita tentang apa sahaja. Lalu bermulalah cerita di atas. Cerita-cerita ajak tu maksudnya cerita-cerita rekaan secara spontan.  

 

 

No comments: