3 September baru-baru ni, puteri Ayohngoh (berhadapan satu pra ujian yang diadakan oleh Tadika ABIM, Miri).
Mula-mula kami tak pasti kerana semalam Hannan tak ke sekolah sehinggalah mendapat panggilan daripada TASKI ABIM menyatakan yang Hannan ada kelas tuisyen hari ini.
Apatah lagi kami pun bergegas menghantarnya ke sekolah. Sepatutnya kelas pukul lapan pagi tapi kerana kelalaian si abi maka pukul 9.00 pagi baru si anak sampai.
Dipendekkan cerita, pukul 11.30 pagi pergilah si abi menjemput sianak untuk pulang. Sebaik sahaja si anak naik kereta, bertanyalah si abi. Macamana Nan, boleh jawab ujian tadi? SiHannan senyap membisu. "Boleh jawab ke tidak?". Tanya lagi si abu inginkan kepastian. Si Hannan masih membisu semacam kebinggungan."Hannan, Abi tanya tu, boleh jawab ke tidak ujian tadi.?Tanya si Ummi. Si Hannan selamba je menjawab. "Bagaimana Hannan nak jawab. Kan ujian, mana boleh bercakap". "Habis macam mana Hannan jawab?"Tanya lagi si abi. "Tidak jawab, Hannan tulis je. Cikgu kata jangan bercakap. Tulis aje jawapan di kertas, sebab itu Hannan tak jawab"Jelas si Hannan. " Abi ni tak faham lah, dalam ujian mana boleh bercakap" Marah si Hannan.
Ummi dan Abi saling berpandangan sambil mengiyakan apa yang diucapkan oleh si Hannan....... Aduh... Abi terkantoi lagi...
No comments:
Post a Comment