;

Friday, September 18, 2009

Sup Power Manok-Sempena Sederap Hari Ke 3


Ustaz, bila nak buat sup atau bubur lambok.... Ustaz jomlah buat sup.... Ustaz kenapa tak masak bubur lambok..... dan banyak lagi persoalan-persoalan anak-anak SMKAM buat Ayohngoh, setelah menjelmanya Ramadhan..
Akhirnya hari ni, Ayohngoh gagahkan diri, meluangkan masa untuk melayan permintaan anak-anak. Kata orang "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa banyak ganjarannya, apatah lagi anak-anak ni bukan setakat berpuasa, membaca al-Quran lagi". Ayohngoh rasa baik diteruskan.
Bermulalah mencari bahan-bahan. Manok halal(ayam halal) dah Ayohngoh beli semalam, tetapi masih dalam freezer, confirm sudah menjadi batu. Sambil-sambil cari bahan-bahan sup, Ayohngoh mintak pembantu rumah Ayohngoh keluarkan manok dari dalam freezer.
Pusing punya pusing, jam dah hampir pukul enam. Balik tengok manok masih lagi jadi batu. Aduh... macam mana nak masak ni... Waktu bersunkei dah dekat. (6.28pm). Kesian anak-anak di sekolah janji nak masak lepas asar... aduh... mungkir janji lagi...
Okaylah.. sorry anak-anak.... kita sunkei dolok (berbuka puasa dahulu). Lepas solat maghrib Ayohngoh terus bergegas ke sekolah meminta dua tiga puteri membantu. Mereka menyiapkan bahan-bahan seperti halia, bawang putih dan sebagainya. Sambil Ayohngoh siapkan ayam.



Para peserta sederap masih bersemangat memperdengarkan bacaan mereka. Sekejap lagi akan disambung oleh kumpulan baru. Kebiasaanya awal malam ni peserta lelaki lah, malam sikit baru peserta perempuan bermula.

Pukul 8.45 baru dapat memulakan tugas sebagai chef tikam(pakai tikam ajak, kata orang Sarawak).  Tikam punya tikam, sambil dibantu oleh anak-anak akademi memasak tikam maka lihatlah wajah sup power manok...


Nampak macam sedap, rasanya entahlah... Masak tikam.
Sederap malam ke tiga ni diserikan lagi dengan kunjungan Yang DiPertua PIBG Mohd Tinggal bersama adiknya Tuan Haji Ismail. Ini menunjukan komitmen dan sokongan yang jitu daripada PIBG atas aktiviti yang kita adakan. Tuan Haji menyarankan agar ianya dibuat lebih lama pada lain masa dan masukan ke dalam Malaysia Books Of Record.
Sebelum YDP pulang sempat juga kami hidangkan sup power manok bujang untuk mereka berdua. Sampai tersandar dibuatnya.


Malam ni Ayohngoh bertugas dari pukul 10 hingga pukul 12. Apabila tepat pukul 12 tandatangan eviden diturunkan, manakala peserta masih meneruskan bacaan.



Jam pukul 1 tengah malam, Ayohngoh pun terus pulang untuk berehat seketika dan membuat persiapan untuk hari esok. Hari kemuncak, hari penutupan.
Oklah buat pagi ni, selamat berjuang anak-anak ku.



No comments: