22 Ogos 2009, tarikh keramat yang bisa membuka lembaran baru buat warga SMKAM khususnya anak-anak SMKAM yang menjadi calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2009. Walaupun dibuai keroncong kelaparan tetapi anak-anak SMKAM masih mampu untuk duduk dan berdiri bersama insan yang bernama Amin Idris bagi merealisasikan program Gempur Peperiksaan yang telah dirancang dan diprogramkan oleh pihak sekolah.
Ayohngoh pun sedikit terkedu apabila melihat komitmen dan kerjasama yang telah diberikan anak-anak SMKAM kali ini walau hari ni bermulanya awal ramadhan 1430H. Mungkin inilah yang dikatakan bulan berkat dan bulan maghfirah.
Apa taknya bermula program pukul 8.00 pagi sampai 4.40 petang kehadiran dan keadaan pelajar tetap utuh tanpa ada secara zahirnya anak-anak pelajar yang tidur atau tidak memberikan tumpuan.
Untuk anda Tuan Amin Idris tahniah dan syabas diucapkan, maafkan kami atas segala kekurangan layanan dan sebagainya. Diharapkan, apa yang disampaikan untuk anak-anak kami bisa merubah mereka dan mampu mengiringi kecemerlangan dan kegemilangan mereka insyaAllah.
Buat semua guru yang sanggup mengorbankan masa demi kecemerlangan anak-anak SMKAM terima kasih diucapkan dan semoga berkat dan rahmat ramadhan 1430H melimpahi anda semua.
Mungkin pengorbanan anda pada hari semalam untuk duduk bersama dengan anak-anak SMKAM mampu memberi infak yang berguna untuk mereka. Buktinya, lihatlah bagaimana keadaan mereka semalam.
Semoga segala usaha dan komitmen kita semua untuk memartabatkan kecemerlangan anak-anak SMKAM mampu menjadi modal atau bekalan untuk kita menemui Ilahi di samping Ibadah puasa yang kita tunaikan pada tahun ini.
Sebenarnya program motivasi ini adalah simbolik pembukaan bagi Program Perkampungan Ilmu SMKAM yang akan berlangsung mulai 22 sehingga 27 Ogos 2009. Perkampungan ini akan diisi dengan kelas bimbingan, latih tubi, ulangkaji dan ceramah-ceramah motivasi disamping program Ihya' Ramadhan 1430H.
Semua mata pelajaran, semua pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM serta semua guru SMKAM terlibat dengan program perkampungan pada tahun ini. Juga turut serta menjayakannya ialah Persatuan Ibubab & Guru SMKAM.
Sekali lagi tahniah dan syabas untuk semua, jazakumullahi khairal jazak.
Buat kalian semua renung-renungkan firman Allah dalam surah An- Nisa' ayat 85 ini sebagai satu suntikan untuk kita terus berkorban dan berkorban demi anak bangsa:
مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقِيتًا (٨٥)
"Sesiapa Yang memberikan syafaat Yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa Yang memberikan syafaat Yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment