Ramadhan kembali lagi… Alhamdulillah dan tahniah untuk semua umat yang tergolong dalam golongan yang mampu untuk meneruskan ibadah puasa untuk tahun 1430H. Inilah yang dikatakan pilihan Allah. Betapa manusia di luar sana walau berjaya hidup atau menemui bulan ramadhan 1430H sebagaimana kita, namun mereka hanya melihat orang yang menikmati Ibadah puasa sebaliknya mereka tidak berkemampuan atas kebenaran yang diizinkan syarak atau sememangnya pandai-pandai membuat kebenaran tersendiri.
Khusus buat semua kawan-kawan ayohngoh Selamat Berpuasa dan marilah kita sama-sama mengejar rahmat dan keampunan Ilahi sebagaimana maksud hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ….. " .. awalnya rahmah pertengahannya maghfirah dan penghujungannya menyelamatkan seseorang daripada api neraka.."
Marilah kita sama-sama berdo'a, semoga Allah terus memberikan peluang untuk kita menghabiskan Ramadhan pada tahun ini disamping memperkuatkan diri untuk melakukan amalan-amalan yang bisa memasukan kita bersama mereka yang Allah sifatkan " تتقون " iaitu benar-benar bertakwa.
Bersama-sama kita juga berusaha untuk membersihkan diri bersempena ketibaan bulan penuh keberkatan ini dengan bersih sebenar-benar bersih yakni bersih dalam erti kata maknawi bukan setakat lafzi iaitu bersih dari dosa dan maksiat agar segal ibadah yang dituju Ilahi diterima Ilahi. Mana mungkin kita menunaikan puasa sedangkan kita juga terus menerus dengan dosa dan maksiat terhadap Ilahi.
Oleh itulah marilah kita menadah tangan memohon doa kehadrat Ilahi agar kita dijauhkan daripada golongan yang disabdakan Rasulullah s.a.w.: "Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bagian apa-apa dari puasanya, kecuali lapar dan dahaga". (Shahih Al Jami').
No comments:
Post a Comment