;

Thursday, July 9, 2009

Tahniah Anak-Anak SMKAM

         Tahniah buat anak-anak SMKAM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA atau IPTS mahupun Kolej atau Tingkatan 6. Kata orang asalkan masih bergelar pelajar, kerana masa depan anda bukan terletak pada sijil SPM atau STPM sahaja bahkan memerlukan yang lebih daripada itu. Kata seorang makcik yang dipanggil ke sebuah sekolah akibat masalah disiplin anaknya semasa ayohngoh mengajar sandaran di sana pada tahun 1995 dahulu masih terngiang di telinga " Kalau setakat sijil SPM gred dua atau tiga nak jadi jaga 'hambat' babi pun tak dapat".

          Dunia yang semakin mencabar ini mengajak anak-anak semua lebih berusaha dan berusaha agar masa depan anak-anak lebih cerah dan lebih bermakna.

         Dalam menuntut ilmu, tiada istilah noktah atau tamat tempoh atau guna sebelum bila-bila, bahkan ianya menjadi tuntutan sepanjang hayat. Perkara ini bertepatan dengan apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w.:

 اطلب العلم من المهد الى اللحد

" Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke lian lahad".

            Oleh itu tahniah dan sekalung penghargaan daripada ayohngoh sekeluarga, juga daripada guru-guru atas kejayaan yang dicapai anak-anak SMKAM  setimpal dengan apa yang anda usahakan.

            Khusus buat Haire dan rakan-rakan,  tahniah dan terima kasih atas maklumat yang anda berikan semasa anda nak berangkat, dapatlah kami, sebahagian guru hadir ke airport untuk mengucapkan selamat jalan.

           Juga ucapan terima kasih buat semua guru yang hadhir untuk meraikan kejayaan anak-anak didik. Semoga kehadiran anda semua membuktikan kita ketagihkan kecemerlangan khusus buat semua anak didik. Selain itu, rasa kebersamaan ini diharapkan bisa menjadikan suntikan semangat untuk semua warga SMKAM memartabatkan kecemerlangan demi kecemerlangan.

         Untuk Haire dan rakan-rakan, di sini ayohngoh merakamkan seribu kenangan melalui gambar-gambar di bawah:


Sebahagian Ibubapa dan penjaga yang akan mengiringi perjalanan anak-anak
Turut mengucapkan selamat jalan dan selamat jalan guru-guru dan rakan taulan
Diiringi ibu tercinta demi meraikan kekawan yang akan melanjutkan pelajaran, walaupun cuti                                                                            dah nak habis.
Tidak ketinggalan, gambar kenang-kenangan bersama ayohngoh
Sekali lagi agar kenangan bersama anak-anak tetap utuh diingatan mewakili keseluruhan                                                                 Tingkatan 6 2007/2008.

 Khusus buat semua anak-anak SMKAM yang bergelar perantau:                                                            Ingat semua pesanan guru

  Semasa berada di perantauan

      Jangan siakan segala ilmu

 Buat segala berdasarkan keimanan

Akhirnya SELAMAT MENIMBA SEBERAPA BANYAK ILMU untuk mamartabatkan sejuta kecemerlangan.

No comments: