Sekurang-kurangnya anda telah mewakili pihak SMKAM ke persada kebangsaan dan sekali gus meletakan SMKAM setaraf dengan SMKA-SMKA di Malaysia. Kehebatan kumpulan lain harus kita terima. Kelemahan kita juga wajib kita terima, namun orang yang benar-benar berjaya adalah orang yang dapat mengimbangkan kelemahan diri dengan kekuatan atau kelebihan orang lain. Dengan kata lain jadikan kelemahan dan kegagalan sebagai satu semangat untuk terus beusaha-dan berusaha menjulang kejayaan. Kalau orang lain dapat mengapa aku tidak. Kalau orang lain boleh mengapa aku tidak... Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.
ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau jadi semua ini sia-sia, Maha suci Engkau wahai Ya Allah."
Jadi sekali lagi tahniah dan sekalung penghargaan buat anak-anak Hiwar SMKAM iaitu Khairunnisa , Dyg Khairunnisa dan Hammadah. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih buat semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam memartabatkan kecemerlangan SMKAM. Hanya Allah yang dapat membalas segala-galanya. جزاكم الله خير الجزاء .
Pihak sekolah memohon seribu kemaafan atas sebarang kesulitan khususnya guru pengiring Ustazah Nurulhana yang terpaksa menggunakan Airasia untuk pergi dan balik ke Kuala Lumpur sedang orang yang diiring perginya dengan MAS. Maaf, kita kan orang miskin nak buat macam na.... kesian..
Detik-detik berangkatnya para pejuang SMKAM:

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Para pejuang diirngi oleh ibu dan atok serta ustazah daripada SMKA Limbang
Sempat bergambar kenang-kenangan dengan PK Kokurikulum
Para pejuang daripada SMKA Limbang bersama guru pengiring.
Juga terima kasih buat Ustazah Limbang atas bantuan melihat anak-anak kami.
No comments:
Post a Comment