;

Monday, July 20, 2009

Air Bandung Paip (ABP)

    Siapa sangka baru-baru ni ayohngoh terjumpa satu resepi yang cukup baik bagi penggemar penggemar Sirap Bandung. Orang kata nak jadi ke satu cerita.
Baru-baru ni ayohngoh sempat berkunjung ke sebuah warong yang kebetulan kenalan ayohngoh ada bekerja di sana.
             Menariknya apabila ayohngoh duduk-duduk sambil bersembang di sebuah bangku yang terletak di sebelah warung berkenaan ternampaklah beberapa orang anak-anak singah meminta air bandung, air sirap, air milo ais dan sebagainya. Kebanyakannya minta dibungkuskan(take away).
           Tiba-tiba kenalan ayohngoh mencelah, " Yang dibungkus tu (ABP), Air Bandung Paip ".
Apa lagi ayohngoh, timbullah rasa nak tahu ceritanya. Sempat juga dua tiga snap gambar ayohngoh rakam untuk dikongsi dengan kekawan.
           Rupa-rupanya semua masyarakat di sini maklum akan jenama minuman tersebut, bukan hanya orang kampung bahkan semua guru dan pensyarah di institusi pendidikan di sekitar kampung ini menjadi pelangan tetap ABP.
           Tentang kesihatan kita letak tepi dahulu, sebab hampir berpuluhan tahun warong ini dibuka namun tiada seorang pun yang menghadapi masalah berpunca dari minuman di sini khususnya ABP.  " Makin sihat ada " gurau kenalan ayohngoh.
            Nama Air Bandung Paip ini di berikan berdasarkan cara pembikinan air sirap bandung di sini yang agak berbeza daripada air sirap bandung di tempat lain walaupun campurannya agak sama. Uniknya dan agak melucukan selepas diletak ais, sirap dan susu cair ke dalam plastik penjual akan menghulurkan permukaan plastik tadi ke sebatang paip yang sedia terpasang di sisi lalu diisikan dengan air paip berkenaan. Bukan sembunyi, bahkan setiap pelangan mengetahuinya, sebab itu dinamakan Air Bandung Paip. 
          Uniknya lagi di sini, walaupun seluruh negara hingar bingar dengan kenaikan harga barangan namun warong ini masih mengekalkan harganya sejak berpuluh tahun dahulu. Satu plastik sekilo gula dengan hanya RM0.50 sahaja. 
        Saksikan gambar-gambar di bawah:   

                           Tempat menyiapkan segala pesanan
                                 ABP sedang diproses

Prosesan terakhir dan kini termeterailah Air Bandung Paip

Tengok ni, syedap, RM 0.50 sen je.

Ini pula Air Tea  O Peng, RM 1.00

Kami suka milo peng segera bungkus, seringgit je sebungkus.

Itulah serba ringkas mengenai resepi Air Bandung Paip yang dimaksudkan. Namun jangan mencubanya di rumah, takut-takut keracunan air paip.

Moral of the storynya.....

1-  Pelangan mesti diutamakan
2- Untung sedikit lebih bermakna daripada tak untung langsung
3- Untung sedikit tetapi berpanjangan lebih baik daripada untung banyak tetapi jarang-jarang
4- Kebitaraan perlu ditonjolkan sebelum mencapai sesuatu kecemerlangan.
5- Keyakinan dan ketekunan asas kejayaan dan kekuatan.
        

No comments: