;

Thursday, July 2, 2009

Perasan Sibuk

Aduh, dua tiga hari ni busy sangat-sangat(kononnya). Ampun dan maaf diungkapkan buat ahli kumpulan Hiwar (Ihtifal Bahasa Arab) dan anak-anak form 6 tahun lepas yang sememangnya ayohngoh janji nak masukan 'cdak ya' (bahasa Sarawak-mereka tu) ke Laman ini, tapi kerja-kerja yang perlu dibereskan terpaksalah dilewatkan sikit, sik pa (bahasa Sarawak- tak apa) kan! Yang penting malam ni ayohngoh kotakan segalanya, insyaAllah.
Kebetulan free, di Genting ni (banggalah kononnya), ada mesyuarat PK Kokurikulum, ayohngoh dijemput sama. Genting punya fasal datang saja. Sebenarnya ada kisah. Nak tahu kisahnya... tunggu....
Cerita dulu tentang busy tu, masa kumpulan hiwar tu nak berangkat ke Kuala Lumpur seawal 6.00 pagi dah bergegas ke airport Miri, tinggal anak-anak ngan Ika(pembantu rumah). My Honey di Kuching ada taklimat (belajar-balajar nak balas tu, ayohngoh selalu tinggalkannya-padan muka ayohngoh ..kah..kah).
Pada masa yang sama sebenarnya ayohngoh pun ada taklimat, taklimat PBS, tapi di Miri ajak, di Mega Hotel. Tak semena-mena kita pula kena jadi pengerusi slot ceramah 2. Mempengerusikan majlis ni taklah ayohngoh biasa sangat. Walaupun senang tapi dihadapan pentaksir-pentaksir negeri pelbagai mata pelajaran kecutlah jugak.
Di sekolah pula akan hadir pemantau pelaksanaan mac's ( program khas untuk pelajar PMR di Sarawak) walaupun ayohngoh tak terlibat sangat, nama dah nak memantau kena juga ambil kisah. Almaklumlah kita di barisan pengurusan (perasan sikit, jangan marah).
Habis taklimat di Mega bergegas ambil anak-anak and the geng si SK Agama dan bergegas pulang ke sekolah untuk solat Jumaat. Sampai di sekolah terserempak PK1 Hjh Khamsia, dan dia ajak menemani pemantau mac's menjamu selera. Pasal makan jangan diajak, memang muka tak malu.
Habis makan dan solat jumaat, dapat mesej daripada anakanda Haire " Ustaz sik hantar kamek orang". Teringat X student nak berangkat ke IPTA malam nanti.
Selepas hantar anak-anak ke TASKI terus bergegas ke sekolah jumpa boss dan dapatkan segala maklumat untuk persiapan pemantauan kecemerlangan SMKA.
Yang kecutnya, semua PK-PK tak ada di sekolah minggu hadapan. Pemantau datang kita lah penyambut kitalah perancang segalanya. Nasib baik ada rakan dan taulan yang sehati sejiwa ingin sama-sama memartabatkan kecemerlangan SMKAM.
Balik daripada menghantar anak-anak form 6 terus ke sekolah, menyiapkan apa yang patut. Sedar tak sedar pukul 3.30 pagi baru pulang ke rumah. Kesian My Honey terbaring sorang-sorang.
Sampai di rumah, tak sedap hati nak tidur, sambung kerja sampai pukul 5.00 pagi, solat subuh dan baru nak mula melelapkan mata. Pukul 8.30 pagi bangun dan bersiap untuk ke sekolah, melihat apa lagi yang belum diselesaikan.
Pukul 1.10 tengahari terima panggilan daripada Us Husin SPI menyatakan yang rombongan pemantauan SMKA dah berlepas daripada KLIA. Apa lagi. Kelam kerabut juga dibuatnya. Ingat malam baru mereka tiba. Bila dicontact tak dapat, confirm kata hati, mereka di dalam flight. Buatlah kiraan sendiri yang rombongan berlepas pukul 1.15 dan tiba dalam pukul 4.00 petang.
Pukul 3.00 petang dapat panggilan daripada Ustaz Ahmad Yakoob pegawai BPI, bertambah kecut lagi. Bila ditanya, " Saya dah di Mega Hotel, sampai pukul 1.15 tadi". Aduh "Ya Allah, kenapa tak telifon semasa sampai tadi". ( pantang kami orang-orang Miri khususnya SMKAM dan UPIM PPDM kalau dah tahu ada tetamu nak datang ke tempat kami kalau kami tak sambut dan layan sampai balik)
Pukul 3.30 ayohngoh dan Us Shahi terus ke Mega jemput rombongan pemantau SMKA minum. Lepas tu mereka di layan oleh Cikgu Salleh, pesara guru yang kebetulan kawan kepada salah seorang pemantau.
Kami terus pulang ke sekolah menyiapkan apa yang patut. Encik Hasan turut membantu di bahagian kokurikulum, ustaz Shahi, ustaz Azhar , Ikhwan, Aton turut membantu. Kumpulan waden dengan tugasan mereka.
Hampir jam 7.15 bergegas ke rumah lagi untuk bersiap dan membawa Para Pemantau makan malam, bukan rasuah tetapi rutin bersama tetamu kami.
Balik daripada majlis makan malam terus di sekolah dapatkan Ikhwan dan terus balik dan menyambung kerja di rumah. Hampir-hampir pukul 1 pagi baru tidur.
Bangun pukul 4.45 bersiap, solat subuh dan selesaikan sikit lagi kerja-kerja terakhir khususnya modal untuk taklimat kepada para pemantau.
Di sekolah(29 Jun 2009) sempat lagi cetak lampiran tandatangan untuk pelawat dan terus buat perjumpaan ringkas dengan guru-guru kanan dan beberapa guru. Juga taklimat ringkas tentang jadual hari ini kepada guru-guru.
7.45 pagi bersama cikgu Abdullah, kaunselor sekolah untuk menjemput para pemantau.
8.30 pagi taklimat bermula dan pemantauan berjalan lancar. Banyaklah juga kekantaoan yang dikenal pasti. Entah apa keputusannya, sama-samalah kita tunggu.
Jam 2.30 menghantar mereka ke Airport Miri untuk mereka ke SMKA Limbang dan sempatlah merehatkan diri sekejap, namun dalam masa yang sama datang SMS daripada Us Razzy, ada taklimat pula untuk Pentaksir Sekolah pada minggu hadapan, ayohngoh kena bentang tentang SPPK( Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan) tak tahu lah macam mana. Tunggu dan tengoklah nanti... boss.
Hari ni (30 Jun), sebelum ke airport jemput para pemantau yang kembali daripada Limbang, dapat pula panggilan daripada En Masri, " Ustaz nak minta bantuan". bantuan apa Mas? Tanya ayohngoh. "Esok ustaz sediakan 4 orang pelajar ustaz untuk mewakili kuiz pengguna". "Di mana"? "Di sekolah ustaz, SMKAM, soalan-soalan, makan minum semua diurus oleh Persatuan Pengguna Cawangan Miri." " Ok ajak" kata ayohngoh.
Selepas maklumkan kepada Cik Lim Lee Kiang, ditaggung beres. Thanks Cik Lim atas kerjasama yang dihulurkan.
Selepas hantar anak-anak ke TASKI balik ke sekolah, selesaikan minit surat yang perlu diminitkan. Hampir jam 4.20 ajak cikgu Abdullah ke airport menjemput para pemantau. Sampai di Mega, para pemantau menyatakan yang mereka akan dibantu oleh Cikgu Salleh, Pesara Guru tempoh hari. Kami pun bergegas pulang dan dapatlah merehatkan diri pada malam tersebut.
Hari ni 1 Julai, semasa bersama 4 Annabil satu panggilan diterima. Setelah memohon kebenaran daripada para pelajar ayohngoh menjawab panggilan itu, rupa-rupanya Ustazah Julia memaklumkan yang PKKK ada mesyuarat di Genting hari ini sampai 3 Julai. Berlaku sedikit kesilapan maklumat. " Ustaz kena pergi sebab sekolah ustaz adalah calon tapak Mahrajan Memanah" kata ustazah Julia. " Tiket dibawah tanggungan sekolah."
Tengah kelam kabut, tiket ada ke tidak, duit ada ke tidak. Datang pula rombongan pegawai Persatuan Pengguna nak buat kuiz pengguna. Nasib baik ada Cik Lim dan Cikgu Abdullah yang turut membantu. Sekali lagi terima kasih.
Lepas minta Chief dan Biviana uruskan tiket, selesaikan apa-apa yang patut dibuat, mewakili pengetua ke Majlis Anugerah Yayasan Sarawak untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM di SM Sains, Ustaz Hamim yang gantikan. Selesaikan segala surat-surat dan tandatangan yang patut, terus ke Sayu Travel ambil tiket dan sempat juga singah di Emperial Mall beli kasut baru ganti yang dah agak lusuh tu. Nak ke Genting kan..(perasan). Sebelum tu, kemaafan dipinta daripada Ustaz Ahmad YAkoob kerana tidak sempat menghantar mereka ke Airport.
Jam 1.30, balik ke rumah bersiap dan jam 3.00 turun ke Airport dengan diiringi my Honey. Tertinggal lagi samping, Honey bergegas pulang dan alhamdulillah, sempat juga dihantarnya sebelum boarding. Tahnks my Honey....
Begitulah..... yang dikatakan busy sikit sehari dua ni...... sampai di Genting kita sambung cerita lain ....

No comments: