;

Tuesday, June 23, 2009

Dhorbul Masyhur

Tahniah dan Penghargaan

Hanya alhamdulillah dan syukur yang mampu ayohngoh ungkapkan buat Ilahi atas anugerah yang tak terhingga buat anak-anak ayohngoh dalam pertandingan kompang formasi peringkat kebangsaan baru-baru ini.
Buat Cikgu Norfaizah Abu Yahma dan anak-anak (ahli-ahli kompang formasi SMKAM) tahniah dan penghargaan atas segala usaha yang telah anda tonjolkan selama ini. Anda telah membuktikan bahawa anak-anak SMKA juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak pelajar sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia di sudut kokurikulum. Anda juga telah membuktikan bahawa SMK Agama Miri juga mampu dinobatkan sebgai sekolah yang cemerlang dari sudut penglibatan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti luar selain akademik.
Paling manis, kejayaan yang anda perolehi adalah berpunca daripada kegigihan usaha yang telah anda semua gemblingkan bertepatan apa yang telah di sabdakan Rasulullah s.a.w:

إن الله يحب أحدكم اذا عمل عملا أن يتقنه

" Sesungguhnya Allah lebih suka seseorang diantara kamu apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketekunan".

Kejayan kumpulan kompang SMK Agama Miri merangkul anugerah Naib Johan di Peringkat Kebangsaan baru-baru ini membuka lembaran baru terhadap rekod atau prestasi kokurikulum SMK Agama Miri ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

Ayohngoh selaku Penolong Kanan Kokurikulum merasakan ianya sebagai satu anugerah tertinggi buat ayohngoh untuk tahun pertama memegang jawatan PKKK. Kata orang tumpang tuah. Terima kasih diucapkan. Semoga ianya menjadi suntikan semangat kepada warga SMKAM yang lain untuk berusaha dan terus berusaha untuk memartabatkan kajayaan demi kejayaan bukan setakat dibidang kokurikulum bahkan segenap sudut baik akademik mahupun sahsiah.

Gambar-Gambar Kenangan:-

Kata-kata perangsang daripada PKKK

Kenang-kenangan sebelum berangkat

Turut memberi sokongan dan semangat oleh guru-guru dan rakan-rakan

Turut-turut hadir sebahagian bekas ahli Dhorbul Masyhur 2008
Selamat Berjuang & Selamat Merebut Kejuaraan

Selamat Jalan, Semoga Berjaya

Akhirnya sekali lagi tahniah buat Kumpulan Dorbul Masyhur, kumpulan kompang formasi SMKAM atas kejayaan yang diperolehi.

Sekalung penghargaan dan tahniah untuk semua pihak yang telah menghulurkan kerjasama dalam merealisasikan kejayaan ini baik secara langsung mahu pun tidak langsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Diharapkan usaha-usaha sebegini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang, insyaAllah.

No comments: