;

Tuesday, July 21, 2009

Pak Lah Yang Hebat Tetapi Terkantoi

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Pak Lah kepada Ayohngoh:

Walaupun pertemuan ini adalah pertemuan kali pertama namun rasa macam dah lama mengenalinya. Mendengar percakapannya yang penuh bersemangat dan cukup bertenaga dalam menghikayatkan segala kisah kehidupannya yang kekadang diselangi dengan ungkapan-ungkapan lucu tetapi penuh makna membuatkan Ayohngoh tidak berganjak dari tempat duduk Ayohngoh di bawah pokok di tepi sebuah kedai kopi...

Kisah pertama berkisar tentang dirinya yang terkantoi rentetan perbuatan seseorang. Umur Pak Lah dah hampir 80 tahun. Lahirnya mengikut dalam kad pengenalan pada tahun 1937. Namun, katanya orang-orang dahulu memang macam tu, report mereport ni agak lewat sikit. Beliau berkata demikian untuk meyakinkan yang dirinya sudah tua berbanding dengan apa yang tertulis dalam kad pengenalannya.
Orangnya amat luar biasa hatta Ayohngoh pun, kali pertama melihat beliau rasa macam percaya tak percaya je yang beliau ni waras. Tetapi hasil cerita-ceritanya membuatkan keraguan itu luntur daripada pemikiran Ayohngoh dan sedar tak sedar rupa-rupanya hampir 2 1/2 jam sudah Ayohngoh mendengar celotehnya . Nak tengok keadaanya:

Menyeluk saku untuk mengeluarkan tempat letak tembakau dan rokok daunnya.
Hidupnya dengan kerja sendiri yang tak mengira waktu dan ketika membuatkan dirinya tidak terurus, berbeza dengan kecelotehannya semasa berbicara.

Menunjukan tempat letak tembakau dan rokok daun nipahnya. Kotak yang lebih cantik dah di ambil orang, katanya. " Inilah adalah salah satu cara nak berjimat. Tak perlu beli-beli rokok. Cukup dengan rokok ni je" Jelas Pak Lah.

Sebelah kakinya terpaksa dipakaikan stokin kerana beliau bosan dengan serangga yang selalu hinggap dibetisnya yang berpenyakit gatal.

Jangan terkejut, sebenarnya kereta ni salah sebuah kereta kepunyaannya. Dikatakan kereta ini, kereta ke empat atau ke lima. Di rumahnya masih ada sebuah lori dan sebuah mercedes, jenis lama.

Beliau memulakan cerita yang motorsikalnya pernah digunakan seseorang. Yang dia geram katanya, motorsikal dihantar tetapi kuncinya dah tak ada. Minyak pula sudah kehabisan. Memandangkan usahanya untuk menggunakan motornya tak dapat beliau pun membawanya ke sebuah workshop yang berhampiran rumahnya.
Di workshop, mekanik berjaya membukanya namun ada kisah baru yang perlu diselongkar daripada Pak Lah......
Ceritanya terhenti seketika...."Apa yang diketemui mekanik tu Pak Lah" Tanya Ayohngoh memohon untuk beliau menyambung ceritanya.
Katanya, si mekanik tu mendapati satu tiub dadah ada di bawah kusyen motorsikalnya. Sebenarnya beliau mengetahui ianya kepunyaan siapa, namun Pak Lah hanya mendiamkan diri dan malas katanya untuk membabitkan orang tersebut. Pak Lah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dadah itu bukan kepunyaannya.
Seterusnya beliau menceritakan soal jawabnya dengan mekanik tersebut sambil menunjukkan gaya-gaya tersendiri dalam perbualan mereka.
"Pak Lah ni hisap dadah ke?" Tanya mekanik. "Tidak". Jawab saya. "Ke Pak Lah mengedar dadah"? Tanya lagi si mekanik. "Tidak, wallahi bukan barang saya" Jawab saya. Si mekanik masih tidak berpuas hati. "Ini mesti barang Pak Lah, ni". Kata si mekanik.
Pak Lah bermati-matian, menafikan bahawa dadah tersebut bukan kepunyaannya. "Okay, kalau bukan Pak Lah yang punya barang ini, siapa punya"? Tanya lagi si mekanik.
"Mana saya tahu, dah dia ada di situ, nak buat macam mana. Kita tak main lah dadah-dadah ni".Balas si Pak Lah.
"Macam ni, kita serah je kepada polis, lepas tu kita tengok siapa punya". Kata mekanik. "Jangan report dengan polis, nanti dengan kita-kita semua di bawa ke balai"Kata saya.
Terdiam seketika si mekanik memikirkan kata-kata saya. Agaknya dia pun rasa betul kut, tambah Pak Lah.
Mekanik itu masih tidak puas hati kata Pak Lah. "Habis nak buat macam mana ni, betul ke bukan Pak Lah punya. Cakap betul-betul Pak Lah. Kita ni dah lama kenal.... Pak Lah, cakap lah. Betul ke bukan Pak Lah punya" Rayu si mekanik.
"Betul, bukan saya punya, saya dah lama dah tak main benda ni"Jelas saya tanpa saya menyedari dengan apa yang saya ungkapkan..... kata Pak Lah sambil tersenyum.
"Aik, lama dah tak main dadah, maknanya Pak Lah pun pernah main dengan barang ni lah." Celah si mekanik. "Oi mana ada" Jawab saya kebinggungan. "Tadi, yang Pak Lah kata dah lama tak main barang tu". Jelas si mekanik."Ya, ke? Tanya saya.
Sambil tersenyum Pak Lah memberhentikan ceritanya... Sebenarnya saya sendiri tak perasan yang saya cakap begitu.
Lepas tu apa terjadi? Tanya Ayohngoh...
Lepas tu kami saling berpandangan dan barulah saya membuka rahsia saya yang semasa muda saya pernah menjadi hamba kepada dadah durjana ni. Terkejutlah si mekanik dengan cerita yang beliau dengar, rupanya bekas penagih juga orang tua ni... tambah Pak Lah sambil senyum sinis.
"Habis dadah tusiapa punya"? Tanya Ayohngoh.
Haa.. macam tulah soalan yang diajukan si mekanik tu... Lepas tu saya jawab macam ni. Cerita si Pak Lah. "Rasa-rasanya saya tahu sapa punya".
Pak Lah menjelaskan yang mekanik itu masih belum berpuas hati dan di soalnya Pak Lah lebih dari CID kata Pak Lah.
Pernah disoal oleh CID ke, celah Ayohngoh. Tidak lah, tapi pernah le tengok dalam tv, kata Pak Lah berseloroh.
"Siapa, dan bagaimana Pak Lah tahu"? Tanya lagi si mekanik itu. Pak Lah menyambung cerita sambil tangannya menggulung rokok daun dengan tembakau.
" Ye la, macamana pula Pak Lah tahu kata dah lama berhenti" Celah Ayohngoh rasa
pelik bin ajaib.
Sambil tersenyum, Pak Lah menjawab, aku tahulah.... sebab budak yang guna motor aku tu adalah cucu aku..........
Kami yang mendengar celoteh Pak Lah turut tersenyum....
Kalau macam tu Pak Lah ni dua kali terkantoilah..satu terkantoi sendiri dan sekali lagi terkantoi cucu sendiri.... gurau Ayohngoh. Bagitulah agaknya...kata Pak Lah.

Sebenarnya Pak Lah ni adalah tukang rumah yang termasyhor di kawasannya dan cukup terkenal dengan ketegasannya semasa bekerja. Salah satu bukti ketegasannya dalam bekerja, diceritakan oleh seorang kenalannya yang turut singah mendengar celotehnya bersama Ayohngoh.
Cerita kenalan tersebut ...... Pak Lah mempunyai beberapa orang kuli yang dibayar dengan bayaran RM40/hari yang waktu kerjanya 8 jam(8.00-1.00 & 2.00-5.00) sehari.
Ringkas cerita, suatu hari beliau bersama kuli-kulinya sedang menyelenggara sebuah rumah, tiba-tiba datang tuan rumah dan berborak dengan Pak Lah tentang susun atur plan rumah dan sebagainya.
Melihat Pak Lah dan tuan rumah sedang berborak, datanglah seorang kulinya turut sama dalam perbincangan mereka berdua. Bila dah habis waktu kerja harian berkumpullah kuli-kuli Pak Lah untuk menerima bayaran pada hari tersebut. Semua orang dibayar dengan waktu kerja 8 jam kecuali seorang kuli yang turut sama dalam perbincangan tadi yang hanya dibayar dengan RM 30 sahaja.
Apabila ditanya mengapa dia hanya mendapat RM30 sedang orang lain dapat RM40. Dengan tegas Pak Lah menjawab: "Kau tahu tak. Aku tanda dan catat waktu kuli-kuli aku kerja. Kau ni hanya bekerja sampai pukul 11.00 sahaja pagi tadi. Dari pukul 11.00 hingga pukul 1.00 kau datang dengar aku bersembang, kenapa?" "Kau jangan ikut aku, aku tak apa, aku taukeh, yang kau tu kuli, maka terimalah gaji kau ikut waktu kau kerja".Tambah Pak Lah.
Akhirnya kuli tersebut akur dengan apa yang dijelaskan oleh Pak Lah.
Begitulah sedikit cerita tentang Pak Lah, walau banyak lagi cerita-cerita boleh dikongsi bersama....

Pengajarannya:
1. Terkadang keaiban diri kita, kita sendiri yang membongkarinya.
2. Selekeh bukan bermakna susah atau miskin, segak bukan bermakna berada.
3. Hati yang bersih adalah asas ketrampilan seseorang.
4. Rekod atau catatan mampu memberikan hak kepada yang berhak.

No comments: