;

Saturday, July 25, 2009

Terubat Rindu


              Setelah kurang lebih 20 tahun berpisah, kini berkumpul semula. Masing-masing membawa cerita-cerita tersendiri. Ada yang sedang menanti, ada yang kian bertambah, ada yang sedang berjauhan dan ada juga yang telah bercerai berai, wal'iyazubillah. Tuhan menentukan segala-galanya.
             Terima kasih buat akhi Zaid kerana telah bersungguh-sungguh merancang pertemuan ini. Juga terima kasih buat Wahid dan Duwen, juga buat adinda Wan Smile atas kesudian meluangkan masa untuk bersama. Sememang masa merubah segalanya. Kebanyakannya tiada yang maintain bertambah bulat, bertambah rakyat dan askar juga semakin matang. Macam orang tualah kononnya.
              Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan. Asalnya ayohngoh tidak menyangka pertemuan yang penuh makna ini, namun kursus telah menyebabkan ayohngoh ke Permai Inn Terengganu, maka kesempatan telah diambil kekawan untuk melepaskan rindu persahabatan yang kian lama berpisah. Semenjak 1989 setelah kami menamatkan kelas Thanawi di SM Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Lepas tu masing-masing membawa diri ke Mesir, Jordan, Madinah dan Morocco.
            Juga terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Syeikh Syed Nazmi juga Syeikh Zaid yang telah menjemput ayohngoh di Lapangan Terbang Kuala Terengganu dan sempat juga makan tengahari bersama sebelum pulang ke Sarawak. Jazakumullahu khairal jazak.
            Inilah namanya persahabatan. Semoga persahabatan kita akan terus dan terus berkekalan. Juga buat kaum kerabat SM Agama Sultan Zainal Abidin yang sempat bersama dan mengenali ayohngoh, jom kita doakan agar pertemuan ditentukan Ilahi. InsyaAllah. 
            Ayohngoh semadikan gambar-gambar kenangan bersama para sahabat:

Syeikh Ridhuan Orang Kuat Imtiaz Kuala Terengganu
Syeikh Abd Wahid, pensyarah UDM Kuala Terengganu
Syeikh M Zaid, Pensayarah UMT Kuala Terengganu
           Kenangan Bersama YBB/OKM ( Yang Berbadan Besar/Orang Kuat Miri) (perasan)

No comments: