Suatu hari ayohngoh menjemput anak-anak (anak ayohngoh & anak-anak rakan) daripada SK Agama Mis Miri. Dalam perjalanan pulang, ayohngoh terhibur dengan celoteh anak-anak yang kekadang menggelikan hati dan kekadang meriuhkan suasana dalam kesibukan jalanraya. Tiba-tiba kelurlah suatu teka-teki daripada mulut anak ayohngoh Aiman yang rasanya boleh dikongsi bersama bagi sesiapa yang belum mengetahuinya.
Katanya " Kita orang tahu ke sik (sik- maknanya tidak dalam bahasa Sarawak), dalam banyak-banyak bola, bola apakah yang biasanya diberi penghormatan? Lalu terdiam seketika anak-anak yang lain. Ayohngoh pun tertanya-tanya juga apa jawabnya. Sambil anak-anak yang lain berfikir, ayohngoh pun pening juga dibuatnya, namun buat-buat tak dengar je lah.... control.
Pelbagai jawapan yang keluar, ada yang kata bola sepaklah, ada yang kata bola pingponglah dan banyaklah bola-bolanya. Bila dah masing-masing habis idea lalu dimintalah kepada pembuka teka teki untuk memberi jawabannya.
Apa lagi ayohngoh, dipanjangkan telinga, dikuatkan tarikan untuk sama-sama mendengar jawapannya.......
Jawabnya......... dengan bangganya Aiman ... menyatakan jawapannya.... " Jawabnya ialah Bola Golf ." Ayohngoh sedikit kehairanan, apa pulak bola golf tapi biasalah buat-buat tak dengar je... control.
Lalu anak-anak yang lain pun bertanya " Macamana pula bola golf dihoramati orang?"
" Macam ni " kata aiman. " Kita orang perasan ke sik, bila bola golf dipukul macam mana kita melihatnya, kebanyakkan kita kan letak tangan di dahi macam orang tabik (sambil mengisyaratkan cara orang melihat bola golf), takut-taku tak nampak bola tu".
" Ooo macam tu " jelas anak-anak yang lain. " Hampeh, kata ayohngoh sendiri".
Pengajarannya:-
1- Ilmu tidak mengenal usia
2- Fitrah kehidupan kekadang kita di atas kekadang di bawah
3- Ilmu manusia terbatas Ilmu Ilahi melebihi segalanya
4- Akui/Akur dengan kelemahan diri
5- Jangan mudah memandang rendah kebolehan orang lain sebaliknya beri semangat
6- Kalau diri malas berusaha usah rendahkan kerja sesiapa
7- Tuntutlah ilmu selagi berupaya
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
2 comments:
nyaman jak gelak ngan telatah si aiman tok eh...
ada benar juak kata nya kan abey...
tanyak nya, ada agik kaa...kahkahkah...lawak lah..
moral of the story(pengajaran) yang dinukilkan oleh al-fadhil ayohngoh tu memang mantap..
Post a Comment