;

Saturday, June 20, 2009

Buat Baik Berpada-pada

Mungkin ungkapan ini sesuatu dikaitkan dengan ayat Allah dalam surah Al-Isra' yang berbunyi:-
وَلا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا
" Dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan".

Al-Kisahnya, ayohngoh ke rumah kawan petang ni menghantar An-Nusyrah (Zaba). Semasa menghulurkan zaba melalui celah-celah pintu pagar terlihatlah ayohngoh beberapa botol air di depan pintu rumah kawan. Mulut yang gatal ni tak boleh duduk diam. Bertanyalah ayohngoh "Air jampi apa tu?" sambil bergurau. Jawab si kawan " Ooo.. air mineral nak sedekahkan dengan seseorang yang tinggal di sebuah rumah tanpa elektrik dan air. Dah dua tiga hari tengok dia berjalan membawa air dengan anak-anaknya, jadi rasa kesian juga, mengandung lagi. Suaminya tiada, katanya di …………. .
Tahulah ayohngoh bila sikawan cerita, siapa yang dimaksudkan. " Kalau begitu, baguslah anda membantu, tetapi pandai-pandailah, kata orang buat baik berpada-pada". Kata ayohngoh, kononnya nasihat. Rupa-rupanya jiran sebelah kawan ayohngoh pun dah ada yang menasihati agar " Buat baik berpada-pada.."
Betullah kan!! Sebab itu Islam menasihati umatnya supaya jangan terlalu kedekut dan jangan pula terlalu pemurah. Sampai suka sangat membantu orang anak-anak di rumah kelaparan. Ayohngoh rasa tak berapa elok kalau macam tu. Sedang al-Quran menyarankan agar keutamaan diberikan kepada family.
Membantu pula kena tengok orang juga. Maksud ayohngoh, kalau yang dibantu tu jenis tak sedar diri susah juga kita dibuatnya. Makin dibantu makin menjadi-jadi. Macam orang kita yang mendapat sumbangan atau bantuan, sepatutnya hari ni mereka dapat mereka berusaha dan berusa agar apa yang mereka perolehi mampu mengeluarkan mereka daripada golongan yang memerlukan bantuan.
Sepatutnya mereka berdoa kepada Ilahi agar tahun depan tidak lagi tergolong dalam golongan yang memerlukan bantuan. Mohon dimurahkan rezeki pada hari-hari seterusnya. Masalahnya kebanyakan kita asyik memohon kalau tahun ini dapat bantuan, biarlah tahun depan dan tahun-tahun seterusnya masih dapat. Muka tak tahu malu. Mana yang dikatakan orang yang paling berjaya itu hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.
Banyak cerita yang kita dengar, kawan makan kawan. Tolong dan kesian kerana kawan tetapi kawan makan kawan. Ada orang bertungkus lumus untuk membantu kawan namun yang dibantu buat-buat tak kenal bila dah senang. Ada kawan menjamin kawan, dalam pinjaman atau apa-apa sahaja. Akhirnya kawan yang kena tahan dan tertekan.
Oleh itu, hati-hatilah dalam membuat sesuatu tindakan. Fikir dahulu sebelum bertindak. Rancang dahulu sebelum bergerak agar apa yang kita buat benar-benar berkesan dan dicucuri rahmat dan berkat.
Akhirnya, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kepada Allah kita berdoa, segala kehidupan diberkati Ilahi

No comments: