;

Thursday, May 7, 2009

Sesungguhnya Bersara Itu Wajib

Ceria, Berseri, Bersinar, Ayu atau apa lagi ungkapan yang harus aku perkatakan kepada insan yang dirai pada 5 Mei 2009 baru-baru ini. Paling gembira akulah kerana berpeluang untuk menghadiri sama majlis ini walaupun asalnya terkejut juga bila diserbu boss ke kelas, kebetulan 5 minit lagi nak habis kelas, kantoilah sikit duk santai-santai dengan student kerana jadual hari ini 3 waktu letihlah sikit kononnya, tiba-tiba datang boss, ingat ada serbuan apa, rupa-rupanya suruh ganti beliau ke sekolah jiran untuk majlis persaraan Pengetua mereka.

Tiba saya di dewan besar, tersergam indah gambar yang dirai dengan wajahnya yang berseri-seri .... tanda keseronokan nak pencen kot... Dihiasi dengan bunga-bunga yang manusuk qalbu.


Yang menarik dan bertuahnya aku dimajlis ini ialah bila aku menghayati butir-butir mutiara yang keluar daripada bibir-bibir lembut dikala ucapan diutarakan. Khususnya ucapan daripada tetamu kehormat dan paling teristimewa bila mutiara-mutiara itu lahir dari bibir yang dirai. Alangkah terpegunnya aku dengan apa yang diungkapkan. Dimanakah aku sebagai seorang Muallim, dimanakah aku sebagai seorang Muaddib dan dimanakah aku sebagai seorang Murabbi, sedang seorang guru merangkumi ketiga-tiga faktor tersebut.

Secara ringkasnya:

Muallim - Orang yang menyampaikan ilmu

Muaddib - Orang yang mengajar bagaimana menjadi seorang beradab

Murabbi - Pr0ses pendidikan yang merangkumi unsur-unsur muallim dan muaddib .


Yang aku sedikit terkilan mengapa hadiah tu 2, 3 ketul sahaja, mungkinkah ianya disampaikan dimajlis lain atau secara tak rasmi.( Pandai-pandai nak tanya) Alangkah indahnya kalau dilengkapkan lagi dengan hadiah-hadiah daripada kelas-kelas atau mana-mana indidvidu barulah terasa bagi ku sedikit pembalasan di atas bersaranyan seorang pejuang kecemerlangan. Bukan aku nak membuat perbandingan tetapi yang dirai pada kali ini adalah orang yang pada ku " anang" orang yang cemerlang yang sepatutnya menjadi contoh buat semua guru atau warga pendidik.
Bukan bercakap sebagai kawan bahkan lebih dari itu, bagi ku dialah boss, dialah bonda, dialah cikgu bahkan dia juga ustazah, dialah kakak dan dialah kawan. Terbaru dialah bisneswoman dan insyaAllah menjadi suri rumah yang cemerlang... insyaAllah.

Sepanjang karierku sebagai seorang guru, sudah 4 orang pengetua aku handle majlis perpisahan mereka bermula Ustaz Yusof Dimin, Ustaz Amin Mohd Rashid, Ustazah Esah Rabiah dan terbaru Ustazah Hajah Zabidah binti Hj Lasim. Sambutan mereka tak lah ketara sangat hebatnya tapi aku merasakan cukup untuk dijadikan sebagai kenangan terakhir yang insan kerdil ini mampu persembahkan.

Bermaknanya sesuatu majlis kekadang tidak terletak di atas perjalanan majlis namun apabila terkumpulnya hadiah di sisi atau dipentas sedikit sebanyak menggambarkan kebersamaan warga institusi berkenaan terhadap apa yang berlaku, kebersamaan di sini bermaksud simpati dan rasa kehilangan bagi orang yang ditinggalkan bahkan hadiah-hadiah itu adalah simbolik penghargaan terhadap persahabatan atau terjalinnya apa-apa ikatan yang Allah sahaja yang mengetahuinya.

Jadi, di sini ayohngoh mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengadakan apa-apa program atau sambutan mintalah nasihat kepada sesiapa sahaja yang dirasakan boleh memberi bimbingan agar cacat celanya dapat kita tutup sebelum ianya terjadi. Bukankah kata Allah فاسالوا اهل الذكر إن كنتم لا تعلمون Bertanyalah kepada orang-orang yang tahu sekiranya kamu tidak mengetahuinya.

Ayohngoh ni sememangnya blur setiap kali nak buat program tetapi kebetulan ada insan-insan yang sudi mengajar dan membimbing akhirnya dapatlah buat setakat yang orang kata mampu... disekeliling kita ramai yang mahir..... mintalah bantuan... insyaAllah kita akan jadi orang cemerlang di dunia dan di akhirat. Akhirnya selamat bersara untuk untuk yang dirai pada 5 Mei 2009 dan selamat menjadi suri rumah yang cemerlang, dan untuk semua kekawan ingatlah, Sesungguhnya Bersara Itu Wajib, jadi lakukan sebaik mungkin untuk mereka yang akan bersara semoga kita akan dilayan sebagaimana kita melayan mereka, kerana Islam menjanjikan kebahagian bagi orang yang membahagikan orang lain dan pertolongan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang menolong orang lain.
Maaf sekiranya ada orang tang terasa dan selamat bersara kepada semua rakan ayohngoh yang telah bersara, semoga perjuangan anda semua diberkati Ilahi dan semoga perjuangan anda tidak terhenti dengan detik-detik persaraan demi agama dan bangsa. Untuk yang bergelar ibu atau ummi terutamanya Almarhumah Mak, Ummi anak-anak ayohngoh " Happy mother's day"Jasa mu tetap dikenang dan insyaAllah Keberkatan Ilahi sentiasa bersama mu...... Amin. .. ya rabb.

No comments: