;

Wednesday, April 29, 2009

Birthday Hannan

Abi, bila ari jadi Hannan? Tanya anak ku yang tak sabar menanti ketibaan hari ulang tahunnya yang ke 6. Umminya kebinggungan kerana pada tarikh yang penuh makna itu aku tiada di sisi . Aku ditugaskan untuk mengiringi kontingen MTQ Daerah Miri ke Sibu.

Disebabkan cadangan yang bernas daripada my honey maka sambutan hari lahir untuk puteriku Hannan disambut lebih awal.
Termaktublah sambutan ringkas untuk Hannan pada sabtu 25 April, 3 hari lebih awal daripada yang sepatutnya. Apalagi seronoklah sidia.


Suruh apa saja, pasti dibuatnya. Mandi lebih awal, bersiap lebih cepat. Abang Aiman dan adik Afif turut memeriahkan suasana.


Paling excited kak Long, terlonjak-lonjak ditempat duduknya sambil berteriak dengan bahasanya yang tersendiri. Tidak sabar-sabar lagi meminta dan memohon dengan gayanya tersendiri untuk diangkat ke kerusi tetamu (tempat diatur ringkas peralatan jamuan ringan).




Kek pasang siap yang dapat disedia anakanda Hannan

Umi mulakan kerjayanya demi anak-anak tersayang
Abi turut ambil kesempatan untuk berposting dengan yang dirai
Yang dirai kontrol je tiup lilin, tetapi bodyguard di kiri kanan bukan main bersemangat macam nak tiup api didapur zaman-zaman " tok ku tonggek" (bahasa kekawan yang menunjukkan zaman-zaman lampau.
Semakin seronoklah Si Along melihat gelagat adik-adik..... kalau aku dapat bukan lilin dengan kek-kek sekali aku tiup...... itu agaknya yang tersirat di hati Along
Suapan teristimewa daripada kak long untuk adik tersayang

Tidak ketinggalan darpada abang Aiman, semoga Hannan gemuk sikit


Nah ni pula suapan manja daripada adik Afif Wajdie

Akhirnya, Selamat Hari Lahir buat Hannan, semoga lebih ceria, lebih rajin belajar demi masa depan dan Didoakan agar Hannan menjadi anak abi yang solihah sentiasa berusaha untuk menegakkan kesucian dan ketinggian Islam, insyaAllah.


No comments: