11 Mei 2009 - Jam 5.45 petang jadi cerita seorang bapak terkena dengan sapaan sepontan seorang anak. Cerita ini dicoret untuk tatapan bersama dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak kerana bapak tu adalah aku sendiri.
Selepas mengambil anak-anak daripada Taski berbincang ngan my honey, macamana kalau kita singgah Warong Wawasan di Piasau bagi makan anak-anak. Kata My Honey "okay jak".
Dipendekkan cerita setelah anak-anak makan nasi ayam di warong tersebut kami punbergegas ke kereta. Sampai di kereta saya pun bersuara sambil bergurau dengan anak-anak, " Cepat-cepat kita nak balik nanti tak sempat lihat muka abi dalam tv". Tak semena-mena terkeluarlah seungkapan ayat yang tak sangka keluar daripada mulut anak ku yang kedua......... "Auk lah, popular sangatlah tu rasanya"... My Honey tersenyum sambil memalingkan muka ke arah lain... Aku pula terkaku sambil tergelak dan dihati ku terdetik ungkapan ... "bertuah punya anak"... Bila di dalam kereta kami berdua saling berpandangan dan tersenyum.. Kata My Honey " Anak Abi... ".....
Sebenarnya kisah bermula semalam setelah aku mendapat khabar daripada staff RTM yang memaklumkan bahawa program motivasi bersama Yayasan Pelajaran Mara di sekolah kami akan keudara dalam pukul 1.00 atau 6.00 petang. Aku meminta anak-anak ku tonton tv 1 taku muka gambar sekolah abi keluar namun tidak kelihatan. Itulah yang membuatkan anak lelaki ku frust, dia tunggu seharian tapi muka abinya tak muncul-muncul pun tambahan pula terpaksa dia korbankan rancangan karton kegemarannya..... itulah ceritanya...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment