;

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Kata-kata penuh pengajaran buat rakan dan taulan, hasil nukilan Usman Awang untuk guru-guru yang terbilang:


Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa,

Dengan lembut sabarnya ,

Mengajar tulis-baca.


Antara ungkapan SMS perayaan hari guru yang menjadi pilihan sesi 2009:


1. Setiap kalimatnya adalah ilmu, setiap geraknya adalah teladan, setiap renungannya adalah harapan, setiap impiannya adalah kejayaan dan perginya kekal dalam gelaran…..


2. Semoga penat lelah mu yang ikhlas, dibalas Allah dengan keberkatan dalam hidupmu….


3. Some people have nice eyes, some have nice smiles and others have nice faces, but you have all of them with a nice heart….


4. Ketahuilah, guru adalah perjuangan. Guru memperjuangkan masa depan anak didiknya yang lebih cerah daripada dirinya, walaupun dirinya terbakar bagaikan lilin…


5. Bad teacher complains, good teacher explains, better teacher demonstrates, best teacher motivates, great teacher inspires……


6. Banyak dapat bunga? Tanda tugas guru menharumkan dunia. Banyak dapat pen? Tanda guru bijak melakar kata. Banyak dapat pemadam? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Banyak dapat mesej? tanda guru sentiasa diingatan….


7. Ingatkan campak rupanya jerawat batu, Mengajar bagai nak rak pelajar buat tak tahu, Rasa macam nak sepak takut kenu serbu, Bukan kata rindu banyaklah sabar, kita nikan cikgu………. Selamat hari guru


8. Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau, guru yang sejati ibarat pewangi yang mengharumkan, guru yang setia menjadi pendorong setiap impian, guru berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan, semoga dinobatkan sebagai guru cemerlang dunia dan akhirat.


9. Selamat hari guru, semoga sentiasa menjadi guru kesayangan anak-anak didik mu… insyaAllah

10. A good person is like a lighthouse. It doesn't ring bells and fire guns to call attention to its luminescene….. it simply shines.

11. Mohon maaf segala kesilapan, kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata, hati tersalah


Sempena hari guru 2009 Ayohngoh ingin mengajak semua rakan dan taulan untuk sama-sama memuhasabah diri dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah.


Menjelangnya 16 Mei setiap tahun, bergemalah ucapan Selamat Hari Guru, dicorong televisyen, telefon bimbit mahu pun di bibir insan yang bergelar pelajar mahupun yang pernah digelar sebagai pelajar.


Cukupkah kita berbangga dengan ucapan yang diberikan tanpa kita menoleh kebelakang untuk bertanya apakah aku sesuai untuk diucapkan sedemikian sedang aku ini dan itu…. Layakkah aku menerima ucapan terima kasih guru sedang aku ini dan itu… (jawab sendiri, kita sendiri tahu tahap kerja yag telah kita jelmakan)


Sebagai renungan untuk memuhasabah diri kita sebagai guru, jom kita hayati ungkapan di bawah:-


" Khusus buat guru-guru, bersama-samalah kita menjadi guru yang disebut dalam agama sebagai guru mursyid. Apakah guru mursyid itu?


Guru mursyid ialah guru yang dapat mendidik dan menunjuk ajar setiap kesalahan yang dilakukan muridnya baik kesalahan yang berbentuk lahir atau batin.


Guru mursyid adalah guru yang bersifat benar dan boleh memberi ilmu pengetahuan kepada sesiapa sahaja di samping memiliki akhlak dan mata hati yang hidup.


Kelebihan guru seperti ini ialah ia mampu memberi kesedaran kepada muridnya tentang kecelaan atau penyakit-penyakit yang berputik di hati. Ia juga boleh menjadi role model kepada orang yang dipimpingnya baik dari sudut perkataan atau perbuatannya. Dengan kata lain kata-katanya pengubat rohani dan tingkah lakunya wajib dicontohi.


Contoh yang paling ketara boleh kita uruti ialah sirah junungan besar kita Rasulullah s.a.w. yang sememang baginda adalah model segala guru. Hasil tunjuk ajar baginda, baginda berjaya melahirkan umat yang mampu membina ketamadunan manusia yang benar-benar berpijak di bumi nyata. Baginda mampu melahirkan generasi al-Quran yang sanggup melakukan apa sahaja demi perjuangan menegakkan agama. Wang ringit bukan perantara tetapi iman dan tawqa adalah segala "…..


Tugas guru tugas yang mulia

Disanjung tinggi agama dan bangsa

Segala tunjuk ajar telah diutara

Tinggal anda menentukan segala.


Menjadi teras asas kecemerlangan

Guru pembina negara bangsa

Bersama kita tetapkan perjuangan

Jauhi sikap lemah dan berputus asa


Semoga perkonsian ini mampu menyedarkan kita, untuk kita terus berusaha dan berusaha bagi menjadi guru yang bermakna kepada agama dan bangsa di samping meneruskan perjuangan suci yang telah dipelopori oleh para nabi.


Sabda Rasulullah : كن عالما او متعلما ....... Yang bermaksud: Jadilah guru atau orang yang menuntut Ilmu…. Bermaksud jadilah seorang guru kerana guru pasti ia akan menyampaikan segala ilmu yang ada padanya untuk panduan kehidupan setiap manusia, juga jadilah orang yang menuntut ilmu kerana dengan menuntut ilmu kita dapat menjadikannya sebagai panduan dalam meneruskan kehidupan…. Begitulah seterusnya…… hadis diatas adalah keratan atau petikan daripada hadis Rasulullah berkaitan dengan kelebihan ilmu.


Syabas untuk guru-guru ku yang telah berjaya menjadikan aku sebagai seorang manusia yang sedikit sebanyak mampu berdiri dalam menghadapi ranjau dan duri kehidupan hingga ke saat ini walaupun terkadang pasrah atas kehendak emosi dan hati.


Buat anak-anak pelajar dan rakan taulan yang sentiasa memberikan semangat untuk ayohngoh terus dan terus berjuang, syabas dan tahniah diucapkan semoga kita sama-sama diberkati Tuhan dan sama-sama diluruskan jalan, untuk kita sama-sama cemerlang, gemilang dan terbilang, dunia dan akhirat biarlah simbang.. insyaAllah.


Terima kasih atas semua SMS yang dilayangkan…..


SMS daripada seorang rakan guru khusus untuk insan yang bergelar guru:-


Adakala.. kita dicaci, kita dimusuhi, kita dimarahi, kita tidak dihargai..

tapi kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu, kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,

kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati terkadang tercalar dan maruah tercabar.

No comments: