Inilah kuasa Allah. Apabila dikatakan kun ( كن), jadi, Fayakun ( فيكون ), maka jadilah. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Mungkin ianya ada hikmah tersendiri, Tuhan saja yang tahu segalanya. Dalam surah Ali-Imran ayat 191 Allah berfirman:
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Malam ini berlaku di hadapan Ayohngoh dua perkara yang ada kaitan dengan kenyataan Ayohngoh di atas. Sesampainya Ayohngoh di hadapan mini market Kenyalang di Piasau, Miri terlihat sekumpulan manusia sedang mengkerumuni sebuah kereta kancil.
Tiba-tiba keluar seorang pegawai polis bersara daripada kereta kancil berkenaan dengan berkain pelikat dan berkopiah, wajahnya sedikit kemuraman. Ayohngoh bertanya kepada ummi, apa agaknya berlakua dengan pegawai berkenaan. Macamana ummi nak jawab, ummi pun sebab sama-sama dengan Ayohngoh.
Pegawai polis tu sememangnya kenalan lama Ayohngoh, bapa kepada x student Ayohngoh, berpangkat juga orangnya. Yang herannya kenapa dia bawa keluar segala seluar dan baju-baju daripada kereta kancil itu. Tak kan kereta tu nak ditarik. Tak kanlah ada orang pecah masuk dalam keretanya sedangkan kereta itu betul-betul di hadapan mini market berkenaan. Risau juga dibuatnya. Kalau dah kenalan, terfikirlah itu dan ini.
Kesian juga dengan pegawai polis tu. Dah lama Ayohngoh tengok dia macam kesepian. Pelbagai peristiwa telah menimpanya setelah dia bersara daripada jawatan polis. Berpangkat juga orangnya, mungkin juga itulah sebabnya dugaannya pun boleh tahan juga. Masa orang bersara sepatutnya rehat-rehat bersama isteri dan anak-anak namun beliau sebaliknya. Bila dia bersara isterinya telah kembali kerahmatullah akibat kesengsaraan sekian lama dengan penyakit sendinya.
Setahun kemudian anaknya yang boleh dia lepaskan rindunya kepada isteri tersayang juga tempat yang sepatutnya dia mencurahkan lebih kasih sayang kerana anak berkenaan senasib dengan anak sulong Ayohngoh (istimewa) pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Sebelum ni mungkin perhatian kepada anak berkenaan tidak seberapa dengan tugas dan tanggungjawa yang sememangnya padat.(kenyataan ini hanyalah sangkaan Ayohngoh berdasarkan pengalaman yang ada) Anak-anak yang lain dah besar panjang dan mempunyai haluan tersendiri. Tinggallah seorang diri. Malam ni apa pulak agaknya.
Ayohngoh memberanikan diri selepas meletak di tempat letak kereta dan menghampiri kumpulan orang ramai. Kebetulan pegawai polis berkenaan masih berada di sana lantas Ayohngoh mendapatkannya dan bertanya apa yang telah berlaku.
Barulah Ayohngoh tahu apa peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya berlaku litar pintas dalam keretanya sehingga keluar api dan hampi terbakar. Mulanya dia ingat kan bau apa, rupa-rupanya bau hangit dari dalam keretanya sendiri dan tiba-tiba dia melihat api keluar dari bawah dashboard agaknya.
Bila orang ramai yang ingin masuk ke mini market berkenaan melihat kejadian masing panik apatah pegawai yang ada dalam kereta berkenaan. Dalam keadaan panic itu nasib baik ada beberapa orang yang mendapatkkan tong pemadam api lalu mereka bersama-sama membantu untuk memadamkan api berkenaan. Tidak lama kemudian api pun mati dan pegawai berkenaan menarik nafas lega.
Selepas itu beliau memanggil mekanik yang dikenalinya untuk datang membantu dan membawa pulang keretanya untuk dibaiki. Orang yang menonton pula semakin ramai. Orang yang baru sampai ditambah lagi dengan orang yang berada di dalam.
Petugas-petugas di dalam mini market juga menarik nafas lega, kerana pada asalnya mereka turut bimbang memandangkan pada masa itu kereta dan para pelangan boleh diktakan sesak juga. Kalaulah meletup kereta kancil berkenaan apa akan terjadi kepada kereta-kereta yang berhampiran dan apa pula yang akan berlaku kepada orang yang berada di dalam mini market itu. Kereta kancil tu pula bermasalah betul-betul di muka pintu depan. Namun segalanya sudah berakhir. Ayohngoh pun sempat juga menoleh ke dalam kereta. Tidaklah serius sangat, cuma dalam kereta berkenaan penuh dengan serbuk putih yang keluar daripada tong pemadam api yang baru digunakan.
Semasa Ayohngoh sampai tadi ada sebuah kereta berwarna merah Kenari kalau tak silap parking di belakang kancil berkenaan. Bila ditanya rupa-rupanya kereta mekanik yang telah dihubungi oleh pegawai polis berkenaan.
Nak dijadikan cerita baru, sedang aku berborak-borak dengan pegawai polis bekenaan sambil tengok-tengok ke dalam kereta sebuah kereta kelisa yang berhampiran ingin keluar daripada tempat parking. Kereta mekanik berkenaan menghalang laluan kereta kelisa lalu diminta laluan untuk keluar.
Mekanik berkenaan memberikan isyarat untuk tunggu sekejap dan tuan punya kereta kelisa akur dengan isyaratnya. Namun merasakan lambat orang menanti kereta merah itu pun di alih oleh tuannya.
Dengan penuh konfidance beliau mengundurkan keretannya kebelakang untuk memberi laluan, tiba aku terdengar suara hon yang kuat diikuti dengan suara hentakan yang kuat. Bila Ayohngoh menoleh ke belakang rupa-rupanya kereta merah kenari berkenaan telah melanggar pula kereta saga yang sedang parking lebih kurang 3 meter dari belakangnya.
" Aduh, kau lagi langgar orang Long!." Terdengar suatu suara. Lantas keluar pemilik kereta saga melihat keretanya yang kemek di bahagian bumpernya. Si Along ni pula dengan muka selambanya memohon maaf dan menyerahkan kad bisnesnya tanpa apa-apa perbincangan. Pemilik saga pun macam sudah faham mengambil kad bisnes Along lalu berlalu pergi. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Terfikir di kepala Ayohngoh, bagaimana kalau yang melanggar tadi tu orang Melayu atau Iban. Kalau tak berdiri di situ satu, dua jam tak sah. Kalau tak terkumpul 5, 6 buah kereta kekawan mereka tak bermakna. Tapi bila sah sama-sama dia tak banyak cakap. Selesai macam tu saja. Lepas tu tak tahu, sebab ayahngoh menyatakan apa yang berlaku di hadapan Ayohngoh.
Itulah apa yang berlaku pada malam ini. Dalam masa tak smapai sepuluh minit dua kemalangan di tempat yang sama berlaku. Inilah yang Ayohngoh kata sudah ditakdirkan untu berlaku. Allah Maha Kaya pasti ada hikmah tersendiri disebalik peristiwa yang berlaku. Inilah yang dikatakan " MALANG TIDAK BERBAU".
Namun kita sebagai umat Islam, perlu berusaha dan berusaha untuk menyelamatkan diri daripada segala kecelakaan atau kemalangan yang tidak diingini. Senjata yang paling mudah untuk menjamin keselamatan kita ialah dengan menadah tangan memohon restu daripada Ilahi setelah melipatgandakan usaha. Di samping beristiqomah dalam memartabatkan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Dalam ayat 2 hingga 3 surah At-Thalaq, dengan jelas Allah menyatakan kepada kita tentang peri pentingnya konsep taqwa dan tawakkal kepada Allah. Ayat ini juga dikenali dalam masyarakat kita dengan ayat Seribu Dinar.
Firman Allah:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢)وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ

( قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (٣
2. ……Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Akhirnya, renungi dan hayati makna tersurat dan tersirat di sebalik ayat di atas dan alangkah bertuahnya badan sekiranya ianya ayat di atas dijadikan sebahagian amalan harian kita… insyaAlla. Amalkanlah, kerana Allah juga telah menyatakan kepada kita dalam surah Ar-Raadu ayat 28 dengan firmanNya:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

No comments:
Post a Comment