Bila disebut rezeki Allah. Tak ada sesiapa pun yang dapat menolaknya bahkan kata Allah
ولئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد yang bermaksud:" Dan ingatlah, barang siapa yang bersyukur atas nikmat Ku pasti Aku akan tambahkan untuknya dan sesiapa yang kufur ingatlah azab Ku amat pedih".
Jadi alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang mencurah-curah yang telah dianugerahi buat anak-anak di SMK Agama Miri. Kalau awal mei hari itu Yayasan Pelajaran Mara telah mensasarkan anak-anak kami (pelajar PMR, SPM & STPM) kali ini Felcra Berhad bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula yang sanggup mengeluarkan dana yang agak besar untuk menampung Kem Kecemerlangan Pelajar di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri. Kem ini telah diadakan seawal cuti persekolahan Penggal Pertama 2009 selama 3 hari 2 malam.(29-31 Mei 2009).
Beruntunglah para pelajar dan mana-mana guru yang telah mengambil kesempatan untuk menjenguk dan mendengar sama, apa yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan baik dalam bentuk seminar peperiksaan mahupun ceramah motivasi. Kesemuanya hebat-hebat. Apatah lagi dengan tenaga muda sebagai fasilitator yang diimport khusus oleh FELCRA daripaga konsultant 4K Trading, Kuching.
Penceramah-penceramah yang dijemput sememangnya hebat-hebat dan berkemahiran. Ianya bermula dengan seorang guru pencen yang amat berwibawa dan berpengalaman dalam subjek Bahasa Inggeris hinggalah kepada guru-guru yang pernah dan terlibat secara langsung dalam era peperiksaan di Malaysia. Begitu juga dengan penceramah motivasi yang bersemangat daripada SMK Agama Matang, Kuching, Pak Ngah namanya . Pendek kata, tak kering gusi sesiapa yang bersama dalam penyampaian ceramahnya.
Namun, rakan-rakan dan taulan semua, dalam kita ghairah mengejar kecemerlangan, dalam kita hauskan kegemilangan dan dalam manusia sibuk mencari peluang untuk menobatkan kegemilangan masih ada lagi golongan yang sedikit terkebelakang dari sudut pemikirannya. Ada juga sebahagian kita yang masih bersikap dingin terhadap apa yang telah diusahakan oleh Felcra ini. Bayangkan, betapa banyak wang ringgit yang telah dikeluarkan sehinggakan semua peserta diletakkan hanya seramai 4-5 orang sebilik di Eastwood Miri ni. Ada yang harganya RM 130 sebilik dan ada yang mencecah sehingga RM 190 sebilik. Bila ayohngoh mula tengok bilik mereka, khususnya blok yang baru dibina dan diletakkan peserta permpuan nak terduduk juga dibuatnya. Baru dan luas serta cukup mewah.
Yang sedih dan bengangnya ayohngoh, ada juga golongan yang datang dan menghubungi pihak kami dan melahirkan ungkapan-ungkapan sebegini
..…. Mengapa program macam ni dibuat semasa cuti sekolah
……Siapa yang pandai-pandai rancang program ni,
…… Minta maaf anak saya tak boleh ikut.
…… Saya dah rancang aktiviti untuk anak-anak saya dalam cuti ni
…… Anak saya akan hadir sekejap je cikgu
…… Saya dah beli tiket awal lagi
…… Saya dah janji dengan anak saya nak melancong
…… Saya nak bawa anak saya jalan-jalan
…… Dah cuti bagilah anak-anak cuti dan pelabagai lagilah alasan-alasan yang diberi dan cukup membanggakan sesiapa yang mendengarnya dan itulah mungkin tahap kecemerlangan yang diingini. Mungkin juga itulah hakikatnya sikap sebahagian anak bangsa kita. Untuk rakan-rakan yang dimaksudkan hayatilah ayat Allah:-
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُون
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". Surah al-Baqarah, ayat 216
Ayohngoh cukup berbangga dengan dua tiga kelompok anak-anak bangsa lain yang sememangnya bapa penjaga mereka tanpa segan silu menghantar anak-anak mereka bahkan berterimakasih lagi atas kesempatan yang diberikan tambah-tambah lagi segala-segalanya dibuat secara percuma. Ini antara ungkapan mereka…
…. Terima kasih kerana wa belum jumpa program ini macam, free oo.
…. Kamek dah lama tunggu program macam tok.
…. Program pertama anak saya sertai dan tak kena bayaran walau satu
sen pun. Hairan jugak. Tapi bagus lah.
…. Biasa-biasa kalau program macam ni kena bayar
…. Minta-minta program macam ni dipanjangkan lagi
Yang seronoknya ayohngoh apabila kedengaran daripada sebahagian pelajar atau peserta….. " Ustaz!! Best sangat, best ustaz, best gilak-gilak…" sambil mengisyaratkan ibutangan, tanda seronok berada dalam kem pada kali ini. Kata orang "Adalah jugak penawar bagi ayat-ayat yang di susun di atas sana".
Akhirnya syabas dan tahniah ayohngoh ucapkan buat semua khususnya pihak Felcra kerana telah mensasarkan pelajar-pelajar kami (PMR & SPM) sebagai peserta istimewa dalam kem ini. Juga terimakasih tidak terhingga buat semua adik-adik konsultant 4K yang banyak bertungkus lumus menabur bakti untuk anak-anak kami. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Kemaafan yang dapat kami pohonkan atas kemungkinan adanya keterlanjuran anak-anak kami dan diharapkan anda tidak serik untuk bersama kami dalam urusan-urusan seterusnya.
Juga buat anak-anak ayohngoh PMR dan SPM yang telah memberikan respon yang terbaik thanks atas segala-segalanya. Ambillah mana-mana yang baik dalam kem kali ini, rasanya kesemuanya hebat-habat dan baik-baik. Jadikan ianya sebagai panduan untuk anak-anak terus berusaha dan berusaha untuk memartabatkan kejayan dan kecemerlangan diri samada dalam akademik mahupun sahsiah, insyaAllah.
Namun sedikit nasihat daripada seorang tua yang perasan masih muda, disiplin bukan hanya dalam pagar sekolah, di mana-mana anda kena berdisiplin. Anak-anak selagi mana dia bergelar manusia perlu menjaga maruah diri dan juga identiti tempat anda belajar atau menerima ilmu. Kata orang, "Tempah jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu dan tempat kita belajar erti kehidupan".
Apatah lagi kalau sekolah tu, SMK Agama. Sampai bila-bila orang akan sebut. Tu pelajar sekolah Agama tu, tu bekas pelajar SMKA tu, tu lah hasil orang belajar di sekolah agama, tu orang belajar bahasa arab tu, tu sepatutnya jadi ustaz tu, tu, tu dan tu,tu …
Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Jangan kamu menjadi punca kepada permasalahan orang lain."… renung-renungilah
Guru juga bukan di sekolah sahaja tanggungjawabnya bahkan dari kelas sampailah ke mana-mana sahaja. Guru tetap guru. Cikgu tetap cikgu. Kalau kata-kata dan nasihat guru tidak didengari siapa lagi yang anda ingin ikuti. Ilmu yang dipelajari harus diletak di dalam hati bukan hanya di sisi. Sebab, kalau hanya disisi kekadang kita akan lupa diri. Ilmu dibawa mati bukan ditinggalkan bersendiri.
Jadi…
Guru harus dihormati,
Bukan untuk dikeji
Guru pewaris tugasan para nabi
Walaupun pahit, bersamalah kita hayati,
Demi mencari damai abadi,
Buat bekalan sebelum mati.
(maaf)
Ini hanya sekadar menasihati
Segalanya datang dari hati yang murni,
Bukan mencari dan menagih simpati
Ianya untuk anak-anak yang disayangi,
Apatah lagi kalau dah dikasihi,
Demi mendapat barkah Ilahi.
Untuk insan yang bergelar guru atau cikgu, hayatilah Firman Allah ini:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya". Surah Ali Imran, ayat 104.
Manakala Rasulullah s.a.w. pula bersabda: كاد االمعلمين أن يكون نبيا
Yang bermaksud" Tanggungjawab guru itu adalah hampir sama dengan tanggungjawab seorang nabi".
Juga tahniah dan penghargaan buat adik-adik rakan setugas ayohngoh yang sanggup dan sudi menghabiskan cuti selama 3 hari 2 malam ini demi kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak pelajar SMKAM. Sanggup duduk dan tidur bersama dalam program yang sebegini. Sanggup memantau anak-anak dan mengiringi tetamu dan apa sahaja walau dimaki walau dikeji. Syabas dan tahniah sekali lagi buat Pak Lah, Yishah, Hana, Atun, Jaha dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.
Tidak ketinggalan buat Kak Khamsiah, Adek(ayang), Mazlina & Hubby, Subia, Ong, Doris, Dikertina, Korea, Rahmah, Faiz dan Fezah yang turut hadir memberi semangat dan kekuatan buat anak-anak pelajar atas rasa kebersamaan dalam memartabatkan kecemerlangan mereka.
Semoga usaha semua mendapat rahmah dan berkat Ilahi dan sekali gus mendidik diri untuk sama-sama berkorban demi kecemerlangan diri sendiri. TAHNIAH DAN SYABAS. Untuk anda semua terimalah ungkapan keramat daripada khazanah suci al-Quranul Karim:-
ّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّه
"Dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah." Al Baqarah:197
Juga Firman Allah:-
لا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar". An-Nisa:114
Semoga ianya menjadi suntikan semangat atas pengorbanan yang telah diberikan dan agar ianya juga menjadi pembuka selera bagi sesiapa yang belum merasai kelazatannya.
Sekali lagi, PENGHARGAAN DAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH BUAT PENGANJUR BERSAMA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH DAN FELCRA atas segala bantuan dan kerjasama yang telah dihulurkan.
Terima kasih buah cerri, Kalau boleh anjurlah lagi.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment