Kak Cik juga banyak membantu ku memajukan diri ku dalam mengejar arus multimedia yang kini orang lain speed giar lima aku baru dok gear free.. tapi aku akan cuba untuk terus dengan enjin turbo, agar dapat aku memandu pada kelajuan yang sama atau kalau ketinggalan pun hanya dua tiga tiang letrik sahaja... bahasa orang-orang muda zaman 90-an. Terima kasih kak cik.... I miss u...
Kemanjaannya lahir hasil daripada kebersamaan ku dengan nya sejak ia dilahikan kedunia ini. Walaupun diwaktu itu aku masih di bangku sekolah dan tinggal di asrama namun dimusim cuti dipangkuan atau dibahu ayohngohnya inilah tempat selalu diulik mimpi indah. Kencing berak usah ditanya....... mungkin kata orang tua kalau baby kencing atau berak atas pangkuan kita tandanya dia sayang... betul ke Kak Cik. (Confirm masa membaca ini kak cik tersenyum panjang... itu yang ayohngoh selalu teringatkan kak cik).
Tautan kasih sayang antara kami juga lahir dari kekerapan kunjungan ku ke rumah abang Long dan kak Long tercinta (mak bapak Kak Cik) kerana di rumah mereka berdualah tempat aku menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah, dan mengenyangkan perut ku yang selalu kelaparan walau pun telah dipenuhi dengan masakan bonda tercinta. Air tangan kak long cukup berbisa, kalau dia masak tak ada dalam kamus hidup ku yang tak sedap, usahkan dipelawa, tak dipelawa pun aku bantai, selambe je.. apa lagi kalau ikan cencaru goreng asam jawa.... aduh... tertelan air liur ku...minyaknya dijadikan kuah.... adoi... Tambahan pula pada masa kak cik kecil rumah abang Long bersebelahan dengan rumah Ayahanda ku.
Nak percaya manja ke tidak lihatlah gambarnya ni.... jangan marah kak cik ya.
.jpg)
Sayangnya dia tak nak jauh daripada ketiak bondanya, aku dah pelawa beberapa kali untuk mencuba nasib di Miri, tapi jauh katanya. Akhirnya belum dapat kerja yang sesuai.... tapi elok juga kak cik ya... kata orang, jauh di mata dekat di hati... Ayohngoh sentiasa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak ayohngoh... InsyaAllah interview nanti menyebelahi kak cik.... Try the best.... Cuba jangan tak cuba, sekurang-kurangnya kita mencari pengalaman. Kalau tak dapat adalah hikmahnya, Allah Maha Adil dan Dia lebih mengetahui segala-galanya.

1 comment:
aiiyya..tang berak n kencing tu hok x mau dengor..naik sogan den..biase la zaman budok2..ayohngoh pn gitu jgk dlu..hhehe..xpe as flashback je..anyway thanx la sbb mengglamorkn diri i kt page ayohngoh..kombang idung den..hehe..miss u too ayohngoh..
Post a Comment