;

Tuesday, December 16, 2008

Ziarah Menziarah Asas Mahabbah

Sudah menjadi rutin kami warga SMKAM khususnya Jawatankuasa Hal Ehwal Agama SMK Agama Miri menjadikan amalan ziarah menziarahi, kunjung mengunjung sebagai amalan tahunan khususnya setelah menjelangnya hari raya.

Aidil Adha tahun 2008, walau sambutannya cukup sederhana dengan ahli yang ada hanya beberapa orang sahaja namun amalan ini masih tetap diteruskan. Setelah selesai solat sunat Aidil Adha rumah pertama diziarahi ialah rumah Pengetua kami, Ustazah Hajah Zabidah Haji Lasim dan pasangannya Encik Zulkifli. Menu utama pengetua yang menjadi kegemaran ku adalah Mee Hon Goreng dan Laksa Pinang.

Turut dilawati rumah Al Fadhil Ustaz Ahmad Sahi Mohd Shah dan pasangannya yang telah menyediakan Mee Sup sebagai juadah hari yang mulia ini. Semoga semuanya diberkati Ilahi samada yang mengunjung dan yang dikunjung.

Sebelah malam pula rumah Uncik Senin dan pasangannya yang menjadi sasaran. Mereka menyediakan makan malam khusus buat Pengetua dan Guru-Guru baru serta para tetamu yang hadir. Lokasi terakhir ialah rumah Al-Fadhil Ustaz Ismail bersama pasangannya Ustazah Haidawati Abdul Hadi (siapa tu... akulah). Sambutan kali ini sememangnya sederhana buat kami sekeluarga. Sambutan-sambutan sebelum ini nasi ayam Terengganu sememang menu utama hidangan kami buat tetamu di samping laksa pinang atau soto phoenix garden tetapi kali ini hanya sate ayam dan kelupis serta kuih muih sahaja yang terhidang. Maafkan kami rakan-rakan.

Sambutan pada kali ini walaupun sederhana tetapi cukup bermakna, kerana di samping mengeratkan silaturrahim sesama warga amalan ini juga sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu dan resah di kalangan warga pendidik baru kami, iaitu Faizal, Norasiah, Noraini dan Fairoziana

Kemeriahan dan keriangan terpancar di wajah masing-masing walaupun sambutannya amat ringkas dan sederhana. Sebagai kenang-kenangan buat semua diabadikan di sini beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.
Semoga amalan ini masih lagi dapat diteruskan dan dimeriahkan lagi dengan program yang lebih bermakna. InsyaAllah.

No comments: