Syukur kehadrat Ilahi, petang tok, kebanyakan GPI SMKAM berkumpul di Bilik Pendidikan Islam untuk berbincang tentang program-program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan 1432H.
Hasil perbincangan sesama ahli, pelbagai program telah dimuktamadkan untuk dijadikan bahan aktiviti dibulan yang mulia nanti. Boleh dikatakan kesemua ahli terlibat sebagai penyelaras untuk memastikan kelicinan perjalanan segala program dan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya:
1. Lambaian Ramadhan
2. Meraih Kebesaran Ramadhan(Tarawih)
3. Tadarus Al-Quran
4. Nafahat Ramadhaniah
5. Kalam Suci
6. Usrah Guru
7. Usrah Pelajar
8. Ceramah / Forum sempena Nuzul al-Quran
9. Qiam Ramadhan
10.Buletin Ramadhan
11. Iftor Jamaie
12. Sederap Bersama Al-Quran
Dan pelbagai aktiviti lagi ke arah melahirkan warga SMKAM yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi... antaranya kuiz ramadhan, kuiz al-Quran, teka silangkata ramadhan, bingkisan ramadhan dan sebagainya.
Akhirnya, terima kasih buat semua ahli yang telah memberi komitmen dan kerjasama terbaik dalam mengatur perancangan pada kali ini. Semoga komitmen dan kerjasama sebegini sentiasa subur hingga selamanya. Kalau bukan kita siapa & kalau bukan sekarang bila???
Jazakumullahi khairal jazak..... juga terima kasih atas hidangan yang sangat lazat mewarnai perbincangan pada kali ini....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, KULLU A' AMIN WA ANTUM BIKHAIR.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment