;

Tuesday, July 26, 2011

Duit Boleh DiCari Durian Kena Tunggu Musim

Mungkin inilah ungkapan dari seorang suami kepada si isteri yang sedang berdiri di hadapan penjual durian depan Servay petang tadi. Sebenarnya di Miri pada masa ini bukan musim durian. Entah macam mana petang ini selonggok durian tersadai di kawasan parking kereta depan Servay. Sekembali kami daripada menjemput anak-anak, kami singah sekejap di Servay Hypermarkat untuk membeli sedikit keperluan.






Mula-mula terasa juga nak menjeling, tapi... aduh... baik dibatalkan sahaja niat di hati. RM 45 sekilogram. Nak terduduk. Yang hairannya, dikhabarkan datangnya daripada Semenanjung, Musang King kononnya. Kata Ayohngoh kepada seorang kawan yang berdiri di kawasan itu, betul musang king ke, jangan musang kong sudah lah..

Ceritanya, kami parking kereta berhampiran longgokan durian berkenaan. Tiba-tiba datang sepasang suami isteri dan seorang anak,si suami meminta si taukeh timbang 4 biji. Tiga daripadanya kecil dan sebiji agak besar. Timbangan menunjukan hampir 5 kilogram. Bila ditekan-tekan sitaukeh kalkulatur dan menyatakan kosnya, dalam RM 225. Lalu tersenyum si suami. Masa tu baru nak tanya berapa se kilogram. Rupa-rupanya tak tahu pun berapa harga sekilogram. Setelah dijelaskan oleh si taukeh, sebiji yang besar sahaja dikekalkan atas penimbang.

Jarum penimbang menunjukkan 2.6 kilogram, harganya dalam RM 117. Sekejap sisuami berkenaan membuka dompet sambil tersenyum menjelaskan bayaran berkenaan, lalu menuju ke kereta Avanza. Balik nak simpan durian tu dalam almari atau dimakan, entahlah. Harap-harap balik makanlah. Takut-takut, balik-balik termenung kerana tersalah suruh timbang. Nak kata tak jadi malu muka, akhirnya bayar aje lah. Duit boleh dicari, durian (Musang King) susah dicari. Harap-harap si abang tu tak buat keputusan kerana terpaksa.

Moralnya berhati-hati kalau membeli.

Sebenarnya Durian jenama Musang King memang mahal harganya. Ayohngoh pernah merasai keenakannya semasa mengiringi peserta nasyid ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan baru-baru ni, di negeri Johor. Di sana pun dah RM 30 sekilogram. Nasib baik ada orang yang belanja, merasalah juga Musang King, kalau tidak, baik simpan je dulu duit tu. Rasanya cukup enak dan sememangnya berbeza dengan durian yang pernah dirasai sebelum ini. Nak tengok jom.. saksikan. Tapi yang dijual di Miri petang ni agak sangsi le sikit. Agak nya musang king lain kut. Jangan musang berjangut sudah... saksikan:
Ini belum musang lagi, baru durian kawin, kata nyonya.

Ini pun durian yang sudah kahwin. Belum King lagi.


Nah, di tangan Sifu Poji tulah Musang King.. di tangan saya tu musang berjanggut atau anak musang je. .
Inilah buahnya. Hanya sebiji je di ambil dari dalam kebun kelapa sawit, takut terkena panas kata Apek, taukeh. Ini dia.. kena juga bergambar kenang-kenangan dengan musang ni.


Jeng, jeng, jeng... Musang King kini dibuka.




Terbeliak biji mata, menghayati kelazatannya... Aduih... lazatnya... puas, puas, puas... Ustaz Afandi turut merasainya, walau pun bertugas di Kuala Lumpur. Dia pun first time agaknya.




Tengok isinya.. Kawan di bawah tu tergigit biji musang agaknya.


Nah! ini bijinya, bayangkan isi sepertimana di atas, bijinya berapa kali kecil, maknanya, tiada makna lagi.. sememangnya lazat.
Padan dengan harga, nak lagi?? Nak!!! kalau ada orang nak belanja. Kalau beli sendiri tunggulah dolok kata orang sitok.

No comments: