;

Sunday, December 26, 2010

Pertemuan Penuh Makna

Hasrat dihati untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ada di kampung kini termakbul. Syukur bagi Allah atas kesempatan dan peluang yang diberikan pada malam ini, Khamis 16 Disember 2010. Thanks to my honey kerana menyiapkan juadah laksa sarawak sebagai juadah pembuka selera perjumpaan pada malam ini. Terima kasih buat Che Su Dora & Ayahsu Rojak kerana menyiapkan beberapa bahan untuk BBQ, ikan, udang dan sotong, di samping ayam yang telah tersedia.
Persiapan bermula selepas solat maghrib di luar rumah Tok Cik.Adik beranak & anak buah turut membantuPersembahan dikir barat anak-anak memeriahkan suasana. Kumpulan dikir diketuai Akmal anak Kak Mah. Setiap lagu yang dialunkan tak pernah-pernah habis. Dua tiga rangkap terus pindah lagu baru. Tukang tepuk, tepuk jugak, buat-buat pandai. Ahli keluarga yang hadir

Bersama ahli keluarga Kak Nik Gayah.Sesi bergambar dengan adik beradik, Kak Nik (adik beradik sebapa), Abang Long, Kak Mah, Me, Pok Nik & Chek Su . Yang tiada di kampung Abang Awi, Mat Jais, Pok Ya, Fauziah & Keluarga Arwah Abang Man. Lima beradik daripada 10 adik beradik. Satu-satunya kakak Ayohngoh. Ayahsu Rojak (suami Chek Su) turut bergambar ngan abang Long. Sebaya je nampak, kalau kira yang baju hijau tu paling adik tapi lebih maju ke depan je ... Menjamu selera bersama Tok Cik, di bangku batang sentul, yang baru dibina petang tadi oleh Designer daripada Bumi Kenyalang. Akhir sekali bergambar kenang-kenangan semua ahli keluarga yang hadir. Adik beradik, anak buah dan 4 0rang cucu. Ayohngoh dah jadi Tok Ngoh. Dah berpangkat datuk dah hamba tau.Segala pujian dan syukur Ayohngoh panjat kan buat Ilahi atas peluang dan ruang untuk bersama anak beranak pada kali ini. Walaupun tidak semua ahli yang ada namun ianya cukup bermakna.Ini baru enam keluarga, belum lagi semua. Apa-apa pun tahniah untuk semua dan insyaAllah pertemuan sebegini akan diatur dan disusun untuk tahun-tahun seterusnya.

No comments: