Pertemuan yang dirancang kini menjadi kenyataan. Tanggal 10 & 11 Disember baru-baru ni termakbul segalanya. Walau dua tiga kali ditunda namun kali ini direstui Ilahi, segalanya menjadi realiti. Alhamdulillah dan terima kasih kepada perancang utama Tuan Ahmad Said. Tuan Ahmad sekeluarga banyak membantu dalam pertemuan yang penuh makna ini. Jazakumullahi khairal jazak.Peladang Agro Resort menjadi lokasi pilihan kami yang sememangnya menarik dan penuh dengan kemudahan berekreasi..



Melalui pertemuan singkat dua hari satu malam di Agro Resort Setiu ni amat bermakna, perpisahan selama hampir 20 tahun kini dapat disatukan kembali walau hanya 10 keluarga. Rakan-rakan yang lain tidak berkesempatan, namun insyaAllah pada tahun-tahun mendatang kita akan dipertemukan Ilahi, insyaAllah.Thanawi 4 Sesi 1989, dengan kapasiti seramai 29 orang, Syed, Yuzan, Nasar, Azli, Zul(Roshid), Mad, K.Azam, Asri, Azam, Zulcat, Zuhir, Faizol, Hj Man, Hazri, Duen, Mail(Ayohngoh), Harun, Wahid, Norma, Aida, Liza, Sayani, Bedah, Aizan, Midah, Zaliha, Zakiah, Norhayati & Sarimah suatu ahli yang ramai sekiranya dapat dikumpulkan sebagaimana yang telah berlaku. InsyaAllah adalah nanti seseorang yang akan meneruskan usaha ke arah itu. Orang yang merantau ni menunggu perancangan daripada rakan-rakan je. Jika berkebetulan insyaAllah.
Perjumpaan pertama ini walau hanya 9 keluarga sudah cukup bermakna buat Ayohngoh sekeluarga. Syed Nazmi, Ahmad, Zuhir, Hazri, Yuzan, Khairulazam,Wahid, Zul(Roshid) & Ayohngoh sudah memeriahkan suasana.
Pertemuan julung-julung kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran sama ahli keluarga masing-masing mencecah hampir 50 orang. Hadir sama Ustaz Shairazi sekeluarga. Maknanya ahli perjumpaan pada kali ini hampir 60 orang. Ini baru 10 keluarga, kalau kesemua, 29 keluarga yang hadir tak lah dapat dibayangkan betapa meriahnya sambutan.
Pertemuan julung-julung kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran sama ahli keluarga masing-masing mencecah hampir 50 orang. Hadir sama Ustaz Shairazi sekeluarga. Maknanya ahli perjumpaan pada kali ini hampir 60 orang. Ini baru 10 keluarga, kalau kesemua, 29 keluarga yang hadir tak lah dapat dibayangkan betapa meriahnya sambutan.
Hasil perancangan yang tersusun oleh Tuan Ahmad Said pertemuan kami diserikan lagi dengan jamuan makan malam dan BBQ ikan, udang, sotong, kepah, Sosej dan sebagainya. Pendek kata berjamu sakan lah kami.
Persiapan berjalan lancar hasil kerjasama semua ahli:











Kamera Man diimport khusus daripada Hollywood, orang kuat, Yuze Rambo.
Setelah segalanya tersedia, apa lagi ditunggu, jom kita ngap.



























No comments:
Post a Comment