Pagi ini, Isnin(1 November) pertandingan penulisan khat diadakan di Dewan Al-Khawarizmi, yang menyediakan beberapa kategori pertandingan, antaranya Sekolah Rendah, Menengah dan terbuka. Alhamdulillah penuh dewan dengan penyertaan pelbagai peringkat. Di sini nampaklah sejauh mana kehebatan dan kemahiran orang-orang Bandaraya Miri dalam penguasaan penulisan khat.... tahniah untuk AJK yang mengurusnya.



Inilah yang dikatakan 'tangan yang menghayung buaian' mampu menggegarkan bidang penulisan khat. Sambil-sambil menunggu anak murid mempersembahkan bakat, ibu guru juga tidak ketinggalan.


Pada petangnya pula aktiviti forum pendidikan dianjurkan dengan ahli-ahli panelnya diimport daripada pelbagai kerjaya dan jawatan. Bekas pengetua cemerlang, Ketua Sektor SPI dan Pendakwah Bebas merupakan latar belakang ahli panelnya. Pemudahcara atau pengacaranya pula dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Nasru Abdul Latif, pangerusi majlis yang telah dikenali ramai.Alhamdulillah, walau pun SMK Agama Miri letaknya agak terpencil daripada sekolah-sekolah Menengah di Miri, sambutannya agak memuaskan. Beberapa sekolah ada menghantar wakil pelajar untuk mengikutinya.





No comments:
Post a Comment