Program ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada warga SMKAM khususnya para pelajar tentang pahit maung kehidupan sebagai seorang pelajar SMKAM pada masa mula-mula penubuhannya berbanding pada masa kini.
Barisan perintis atau generasi pertama SMKAM, sesi pembelajaran 1985 hadir untuk memberi sokongan terhadap program yang telah dirancang.
Program dimulai dengan aluan ahlan wasahlan, selamat datang untuk semua tetamu daripada pengerusi umum Cik Fairoziana binti Mohd Mustafar. Seterusnya bacaan doa, memohon restu Ilahi dipimpin oleh wakil pelajar Tingkatan Tiga, Adik Awang Mohd Safwan.
Sebelum bicara nian bermula video nostalgia silam SMKAM sekitar tahun 1985 hasil sentuhan oleh bekas pelajar perintis SMKAM ditayangkan. Antara kandungan tayangan berkenaan adalah:


















Kini mereka.....
Empat bekas pelajar daripada pelbagai karier telah dipilih sebagai ahli panel bagi merealisasikan objektif program berkenaan.
Ustaz Shahdan bin Dingka pula dilantik sebagai pemudahcara yang akan berperanan untuk mencungkil segala rahsia dan pengalaman ahli-ahli panel sewaktu berada di bangku sekolah suatu ketika dulu.
Bekas-bekas pelajar yang hadir,




Bicara nian diselangi dengan beberapa kuiz spontan oleh moderator dan ahli-ahli panel dan mana-mana penonton yang berani tampil untuk menjawabnya memperolehi saguhati sumbangan bekas-bekas pelajar berkenaan.








No comments:
Post a Comment